web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan Lebih Tegas Diperlukan Untuk Lindungi Harimau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 1:01PM

Penguatkuasaan lebih tegas harus dilaksanakan dalam usaha melindungi hidupan liar terutamanya harimau di negara ini. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Penguatkuasaan lebih tegas harus dilaksanakan dalam usaha melindungi hidupan liar terutamanya harimau di negara ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, undang-undang yang digubal tidak akan membawa sebarang makna dalam mengekang sindiket pemburu haram, jika tiada penguatkuasaan sewajarnya.

"Harimau Malaya disenaraikan dalam kategori sangat terancam di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

"Justeru, kita memerlukan agensi kerajaan yang bersikap tegas dalam melindungi hidupan liar dan habitatnya,” titah baginda hari ini.

Tengku Hassanal menitahkan demikian sempena Hari Harimau Sedunia yang disambut 29 Julai setiap tahun.

Titah baginda lagi, sambutan Hari Harimau Sedunia itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai spesies harimau yang semakin diancam kepupusan.

“Bilangan harimau semakin merosot dan hanya tinggal lebih kurang 150 harimau disebabkan  pemburuan haram dan kemusnahan habitat haiwan berkenaan.

“Kita memerlukan agensi kerajaan yang bersikap tegas dalam melindungi hidupan liar dan habitatnya,” titahnya.

Titah baginda, sambutan Hari Harimau Sedunia ini bermula pada 2010 apabila 13 negara yang mempunyai populasi harimau berkeliaran telah bergabung untuk meningkatkan populasi harimau termasuk Malaysia.

"Tahun ini, Nepal, India, Bhutan, China dan Rusia dilaporkan begitu giat dalam usaha pemuliharaan populasi harimau,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah, melalui usaha pemuliharaan yang berkesan dan kerjasama yang cekap antara semua pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, semua negara berkenaan telah berjaya meningkatkan populasi harimau mereka.

Bagaimanapun, baginda mengakui di sebalik segala usaha itu populasi harimau di Asia Tenggara masih mengalami kemerosotan.

"Harimau Malaya melambangkan kekuatan, kekuasaan dan keberanian serta merupakan simbol kemegahan negara kita seperti yang dapat dilihat pada Jata Negara," titahnya.

Baginda berkongsi aspirasi yang sama dengan semua rakyat Malaysia yang ingin melihat populasi Harimau Malaya semakin bertambah.

"Sekiranya kita dapat bekerjasama untuk memastikan kesinambungan populasi Harimau Malaya ini, populasi harimau bukan sahaja akan bertambah, malah kita sebenarnya juga berjaya melindungi hutan yang banyak menyimpan khazanah biodiversiti dan fungsi ekosistem penting, lebih-lebih lagi di Pahang.

"Saya menyeru semua pihak agar terus komited dan bersungguh-sungguh menyelamatkan spesies kebanggaan negara ini.

"Jika kita dapat berbuat demikian, insya-Allah, pada Hari Harimau Sedunia tahun hadapan, kita akan memiliki sebab yang kukuh untuk meraikan hari ini dengan lebih meriah," titah baginda. – Getaran, 29 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang