web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan 3 Kanak-Kanak Beraksi Bahaya Paut Pada Lori Bergerak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 12:02PM

Tangkap layar dari video yang memaparkan 3 kanak-kanak berpaut pada belakang sebuah lori yang sedang bergerak di Jalan Bubul, Semporna. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Polis sedang mengesan tiga kanak-kanak yang memanjat dan berpaut pada belakang sebuah lori tangki petrol sedang bergerak di jalan raya di Jalan Bubul di sini, seperti dipaparkan menerusi klip video tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna berkata, kejadian terbabit tular selepas dikongsikan di laman Facebook oleh beberapa individu.

“Polis sedang mengesan ketiga-tiga kanak-kanak yang terlibat dalam video berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil ke IPD Semporna bagi membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya menerusi kenyataan.

Polis turut mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memastikan anak-anak berada di bawah pengawasan mereka.

“Perbuatan kanak-kanak seperti tular dalam video berkenaan boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Pihak IPD Semporna membuat pemantauan agar kejadian seumpama itu tidak berulang dan akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terlibat,” ujarnya.

Kenyataan sama memaklumkan, berdasarkan maklumat dipaparkan dalam video berkenaan, kejadian berlaku jam 6.08 petang pada Rabu lalu.

Menerusi paparan video berdurasi 1 minit 24 saat itu, tiga kanak-kanak terbabit berlari sebelum memanjat sebuah lori tangki petrol yang sedang bergerak. - Getaran, 30 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini