web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semarakkan Hari Merdeka, Cermin Sayangkan Malaysia Menerusi Kibaran Jalur Gemilang - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 1:17PM

Ismail Sabri pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Kebangsaan harus disemarakan menerusi usaha mewarnai dan menghiasi setiap premis dengan Jalur Gemilang, bagi mencerminkan semangat patriotik serta sayangkan tanah air, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, ia adalah cara tambahan untuk membuktikan kecintaan kepada negara, selain mengamalkan nilai murni dalam diri, seperti bekerjasama, toleransi, mendukung segala inisiatif kerajaan serta amalan menyebarkan berita benar dan sahih.

“Gejala menyebarkan berita palsu atau berita tidak benar, terutama menerusi media sosial harus dikawal dan dibendung sebelum ia menjadi amalan boleh memporak-perandakan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Gunakanlah sosial media secara berhemah untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan ucapan murni kepada rakan taulan, majikan dan keluarga sendiri,” katanya ketika Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, ia selaras dengan tema sambutan Hari Merdeka tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ yang amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar, berteraskan keterangkuman, kebersamaan serta kesyukuran.

Tambah Ismail Sabri, sambutan Hari Kebangsaan dan kibaran Jalur Gemilang diadakan bagi memperingati perjuangan kebebasan dikecapi Keluarga Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara sendiri, selepas dijajah kuasa asing.

“Walaupun tidak lagi dibelenggu penjajah, Keluarga Malaysia sentiasa berdepan cabaran dari luar yang boleh menggugat keharmonian terjalin selama ini.

“Setelah kita berjuang memerangi COVID-19 sejak dua tahun lepas, negara kini dalam fasa peralihan ke endemik dan Keluarga Malaysia mula menikmati kesejahteraan hidup seperti sebelum pandemik melanda dunia,” ujarnya.

Ismail Sabri sebelum itu menyertai program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer bersama orang ramai. - Getaran, 30 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global