web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Komitmen Kuat Dan Kehendak Politik Bagi Jayakan GEG - Dr Daroyah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 6:45PM

Pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap industri vape dan mengikut jejak langkah negara ASEAN lain dalam menangani isu berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap industri vape dan mengikut jejak langkah negara ASEAN lain dalam menangani isu berkenaan.

Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM), Dr Daroyah Alwi berkata, sama seperti tabiat merokok, vape tidak ketinggalan daripada memberi kesan negatif kepada pengguna.

“Kesannya sama sahaja, malah turut berisiko mencetuskan penyakit kanser seperti dialami perokok.

“PBM akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan untuk terus mewujudkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai risiko merokok dan vape,” katanya hari ini.

Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM), Dr Daroyah Alwi
Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia (PBM), Dr Daroyah Alwi

Menurut beliau, kehendak politik dan komitmen yang kuat daripada penggubal dasar dan setiap individu amat diperlukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.

“Dalam usaha secara berterusan pula, penggubal dasar dan pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha bagi memastikan rokok diharamkan dan produk berkaitan dengannya tidak lagi memasuki pasaran negara.

“Dasar generasi penamat (GEG) bagi mewujudkan generasi bebas merokok termasuk rokok dan vape membabitkan mereka yang lahir pada 2007 dan selepasnya, belum lagi dilaksanakan di mana-mana tempat lain di dunia,” katanya.

Sehubungan itu jelas Dr Daroyah, kerajaan perlu menggandakan usaha bagi memastikan pelaksanaan tindakan yang betul dan lancar. 

“Kehendak politik dan komitmen kuat pihak penggubal dasar dan setiap individu amat diperlukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaan RUU ini.

“Satu dialog berterusan dengan pihak berkepentingan seperti sekolah, pemilik kedai kopi, pihak berkuasa tempatan, peruncit vape dan pegawai penguat kuasa juga perlu diadakan,” katanya.

Jelas beliau, kebanyakan rancangan kerajaan yang berniat baik sering tergendala kerana mengandungi kelemahan daripada aspek pelaksanaan.

“Justeru, pihak kami bercadang menjalankan lebih banyak kempen di kawasan luar bandar kerana kegiatan merokok dilaporkan amat berleluasa di lokasi seumpama itu.

“PBM turut menyokong pelaksanaan GEG, selaras usaha menjadikan Malaysia negara bebas tembakau menjelang 2040 dan parti berkenaan akan memainkan peranannya untuk mencapai sasaran itu,” jelasnya.

Rabu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membentangkan RUU berkenaan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Berdasarkan drafnya, individu didapati menjual atau mempamerkan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau kepada mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, dicadangkan untuk didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. - Getaran, 30 Julai 2022


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi