web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual Bukan Perkara Remeh, Tiada Kawalan Media Sosial Antara Punca

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 8:41PM

Gangguan seksual semakin menjadi-jadi, apatah lagi dengan penggunaan media sosial yang amat meluas dalam kalangan rakyat - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gangguan seksual di alam maya kerap kali dilaporkan media, termasuk di Malaysia.

Ia semakin menjadi-jadi, apatah lagi dengan penggunaan media sosial yang amat meluas dalam kalangan rakyat.

Penggunaan internet tanpa sempadan juga mendorong gangguan seksual di alam siber bermaharajalela tanpa sempadan.

Berbicara mengenai isu berkenaan, Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, ketiadaan kawalan terhadap penggunaan media sosial serta lambakan aktiviti yang membolehkan pengguna mempromosikan diri sendiri menjadi antara faktor utama berlakunya gangguan seksual secara di alam siber.

“Platform media sosial menjadi tempat kepada penjenayah untuk mencari, memerangkap dan mengajak mangsa ke arah perilaku seksual.

“Penjenayah seksual siber menjadikan pengguna media sosial sebagai mangsa, dan lazimnya ia dimulakan dengan memancing mereka untuk bercakap perkara berunsurkan seks. Ia termasuk berkongsi maklumat peribadi yang seharusnya hanya diketahui suami atau isteri masing-masing sahaja,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Shazli Ezzat Ghazali  - Gambar Fail
Dr Shazli Ezzat Ghazali - Gambar Fail

Menurut beliau, penjenayah biasanya memiliki keupayaan untuk mempengaruhi mangsa menuruti kehendak mereka menggunakan kata-kata manis, tanpa disedari akhirnya diri telah diperdaya.

“Ada juga keadaan apabila ia disebabkan masalah mental atau psikologi yang mendorong individu bertindak di luar kawalan.

“Antara gangguan psikologi yang dikenal pasti turut memainkan peranan ialah keinginan seks luar biasa penjenayah, termasuk atas perkara tertentu seperti ghairah melihat wanita bertudung misalnya, katanya.

Dr Shazli Ezzat berkata, ia boleh juga boleh berlaku akibat kecenderungan penjenayah dalam ‘menikmati’ kandungan lucah.

“Selain itu apa yang menyebabkan mereka menjadi penjenayah seksual adalah sejarah hitam ketika zaman kanak-kanak dan persekitaran buruk yang pernah dialami, mungkin kerana cara mereka dibesarkan atau pengaruh rakan-rakan.

“Ada juga gangguan personaliti narsis iaitu seronok melakukan gangguan atau ‘syok sendiri’ mengganggu orang lain sedangkan mangsa amat membenci keadaan itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pakar sosial, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, peranan masyarakat amat penting bagi menangani jenayah seumpama ini.

“Masyarakat juga perlu ikut prihatin dalam hal ini. Kita perlu membuka mata terhadap isu gangguan seksual di media sosial. 

“Isu ini sangat serius dan jangan melihatnya dengan pandangan penuh stigma atau mentaliti yang terkebelakang hingga ia gagal dibincangkan secara komprehensif dan teliti,” katanya.

Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran - Gambar Fail
Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran - Gambar Fail

Menurut beliau, kecelikan siber atau kesedaran dan pengetahuan mengenai perkara itu dalam kalangan masyarakat masih lagi belum memuaskan. 

"Disebabkan itu kebanyakan isu seperti gangguan seksual dalam talian tidak mereka sedari. Mungkin ada yang mengatakan mereka mengambil ringan, tetapi hal ini berlaku disebabkan kurang atau rendahnya tahap kesedaran dan kemahiran bermedia sosial.

"Malah, ada sesetengah masyarakat beranggapan, itu bukan masalah mereka, tidak melibatkan keluarga dan saudara mara justeru isu tersebut tidak diendahkan walau berlaku di depan mata,” jelasnya. 

Tambah Mohammad Shatar, segelintir mangsa beranggapan hal berkaitan seksual ini sebagai taboo yang tidak akan dikongsi atau didedahkan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA) Wan Azliana Wan Adnan berkata, orang ramai boleh membuat laporan  di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika menerima maklumat berhubung gangguan seksual.

“Sejumlah besar mangsa tidak berani  berkongsi atau mendedahkan kepada orang lain berkenaan gangguan yang dialami kerana takut akan dijadikan kes polis.

“Ramai yang masih tidak tahu bahawa mereka boleh membuat laporan di SKKM,” katanya.

Wan Azliana berkata, gangguan seksual selari dengan kesalahan mengikut  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang didapati bersalah boleh dipenjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

"Pihak SKMM akan menyiasat kes melibatkan penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat mana-mana laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, Rang Undang-Undang  (RUU) Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) baru-baru ini akhirnya diluluskan Dewan Rakyat.

"Gangguan seksual bukan hal remeh, ia sering kali dianggap gurauan. Dengan adanya RUU ini, ia memberikan hak untuk wanita berasa selamat di mana juga mereka berada," katanya – Getaran, 30 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah