web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekatan Eksport Ayam Hanya Langkah Sementara - Ronald

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 2:09PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup yang masih berkuat kuasa adalah bersifat sementara, iaitu sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata kerajaan juga sedar peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan kos makanan ternakan dan pemberhentian eksport memberi kesan kepada pulangan penternak.

“Dalam hal ini buat pertama kalinya, kerajaan bersetuju memberi subsidi kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur berjumlah RM1.1 bilion secara keseluruhannya bagi meringankan beban penternak ayam. Pemberian subsidi ini bermula 5 Februari 2022 dan akan berakhir pada 31 Ogos 2022.

“Setakat 29 Julai 2022, sebanyak 8,907 permohonan subsidi diluluskan berjumlah RM748 juta,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurutnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memantau dan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam termasuk di peringkat ladang bagi memastikan bekalan dan kelangsungan pengeluaran ayam negara berada pada tahap optimum dan stabil.

Ronald berkata demikian menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu kerugian dihadapi sektor penternakan ayam seluruh Malaysia sejak larangan eksport ayam berkuat kuasa pada 1 Jun 2022.

Sementara itu, menjawab soalan Dr Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) berkenaan stok penimbal negara bagi beras, Ronald berkata ketika ini kedudukan stok penimbal beras adalah pada paras 221,313 tan metrik iaitu 88.5 peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 250,000 tan metrik menjelang 2022.

Beliau berkata kerajaan sedang menggandakan stok penimbal beras secara berperingkat daripada 150,000 tan metrik kepada 290,000 tan metrik menjelang 2023 bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara serta menghadapi sebarang situasi luar jangka.

“Bagi menampung keperluan beras negara, kementerian sentiasa memastikan kedudukan stok beras sentiasa melebihi paras purata keperluan iaitu 200,000 tan metrik sebulan.

“Kedudukan stok beras di dalam negara di peringkat kilang, borong dan runcit sentiasa pada kadar konsisten setiap masa iaitu purata 400,000 tan metrik hingga 500,000 tan metrik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global