web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 ADUN Dakwa Tak Lompat Parti, Minta Peguam Bertindak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 7:09PM

Dr Afif seorang daripada empat ADUN yang menafikan diri mereka lompat parti. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan mereka tidak pernah melompat parti.

Penegasan itu dibuat ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin; ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq; ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim dan ADUN Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim menerusi satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka sebaliknya mendakwa dua daripadanya dipilih atas platform BERSATU manakala dua lagi dipecat PKR kerana membuat kenyataan yang dianggap mengkritik kepimpinan parti.

Sehubungan itu, empat ADUN terbabit telah mengarahkan peguam masing-masing untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas sebagai ADUN yang sah.

“Kami telah dimaklumkan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa Perkara 14A Perlembagaan Pulau Pinang tidak melanggar hak kebebasan berpersatuan yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Dengan itu, Mahkamah Persekutuan telah mengubah dan mengenepikan undang-undang yang terdiri utuh selama 30 tahun.

“Kami menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi kami tidak bersetuju dengannya. Oleh demikian, kami akan mengarahkan peguam untuk mengkaji semula perkara berkenaan,” katanya.

Terdahulu, empat ADUN terbabit telah memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong BERSATU.

Bagaimanapun pada Rabu, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan di bawah Enakmen Antilompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel itu berkata, Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, empat ADUN tersebut turut mencabar usul dibentang pada Oktober 2020 agar mengosongkan kerusi masing-masing dan pilihan raya kecil diadakan kerana ia didakwa disalahgunakan terhadap mereka.

“Kami difahamkan, keputusan Mahkamah Persekutuan dibuat berdasarkan alasan yang kurang tepat. Disebabkan itu, kami telah mengarahkan peguam untuk mengkaji semula perkara itu bagi membolehkan kami melaksanakan tugas sebagai ADUN yang dipilih secara sah.

“Kami tidak percaya parti politik diberi kuasa mutlak mengawal dan menentukan keputusan seseorang wakil rakyat. Sebagai wakil rakyat, kami mewakili semua rakyat di kawasan masing-masing (sama ada mereka mengundi parti kami atau tidak).

“Kami akan terus membuat keputusan berdasarkan kepentingan dan keperluan pengundi dan bukannya hanya atas tuntutan parti,” katanya.

Tegas keempat-empat ADUN itu lagi, mereka juga tidak pernah berpaling tadah atau mengubah ketaatan setia kepada parti.

“Ketua Menteri, Chow Kon Yeow telah menyatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang berhasrat untuk memastikan Perlembagaan Negeri selaras dengan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Jika kerajaan Pulau Pinang benar-benar telus, dalam semangat dwipartisan, mereka akan menarik balik usul untuk menyingkirkan kami sebagai ADUN.

“Adalah jelas bahawa di bawah pindaan yang dicadangkan, kami tidak akan kehilangan kelayakan,” katanya.

Awal hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, nasib keempat-empat ADUN terbabit akan ditentukan selepas perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri itu esok.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan undang-undang tubuh negeri menghalang lompat parti menepati Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 4 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah