web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TLDM Sokong Siasatan Berhubung Ketirisan Projek LCS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Aug 2022 1:43PM

TLDM mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai projek perolehan LCS yang dikeluarkan pada 4 Ogos lalu - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyokong siasatan berhubung sebarang ketirisan dalam projek perolehan Littoral Combat Ship (LCS) diadakan dan pihak yang terbabit salah laku itu, dibawa segera ke muka pengadilan. 

TLDM memaklumkan, pihaknya menganggap tindakan itu perlu biarpun menghargai keputusan kerajaan untuk meneruskan projek berkenaan. 

“TLDM berpandangan ia adalah keputusan tepat dan didorong keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan negara,” katanya menerusi kenyataan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut Kuala Lumpur.

Menurutnya, TLDM mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai projek perolehan LCS yang dikeluarkan pada 4 Ogos lalu. 

“TLDM amat mengalu-alukan syor dikemukakan PAC dan mahu hala tuju terbaik bagi projek LCS. 

“TLDM menekankan bahawa perolehan LCS adalah perolehan kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara. 

“Keupayaan tempur dimiliki TLDM mestilah sejajar dengan perkembangan lanskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan, kelewatan pelaksanaan projek itu memberi kesan negatif bukan sahaja kepada keupayaan tempur armada TLDM, malah terhadap moral warga agensi terbabit yang memerlukan kapal LCS untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. 

Justeru, katanya, TLDM menyeru semua pihak agar berganding bahu dan memberi sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek berkenaan demi memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara. - Getaran, 6 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi