web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sangkar Rasam Pengerusi Baharu MPN Sabah - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 8:29PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Cabang PKR Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah bagi penggal 2022-2025.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama semua Ketua Cabang di Sabah, hari ini.

“Saya mengadakan sesi rundingan bersama semua Ketua Cabang PKR di Sabah hari ini bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN.

“Kesemua Ketua Cabang sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah bagi penggal 2022-2025,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, Sangkar akan menjalankan tugas dalam satu pasukan bersama Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew.

“Semoga gandingan mantap ini dapat memastikan PKR Sabah lebih utuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Anwar turut memaklumkan kesemua Ketua Cabang di Sarawak sebulat suara melantik Ketua Cabang Baram, Roland Engan sebagai Pengerusi MPN Sarawak bagi penggal sama.

Katanya, Roland akan mengerakkan MPN bersama Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang juga Ketua Cabang Hulu Rajang, Abun Sui Anyit bagi memantapkan parti itu di Sarawak.  - Getaran, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 8 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad