web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Ditahan Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 11:59AM

Kesemua pesalah dibawa ke Balai Polis Trafik Petaling Jaya untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar dari Facebook Polis Petaling Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Motosikal dan Pelbagai Kesalahan di beberapa laluan sekitar ibu kota, malam tadi.

Lelaki berusia antara 30 hingga 45 tahun itu, ditahan dalam pemeriksaan polis selepas kadar alkohol didapati melebihi paras dibenarkan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, Deputi Supritenden Mohd Ayop Abu berkata, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Petaling Jaya untuk pemeriksaan lanjut.

“Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kesemua mereka akan dituduh mengikut seksyen sama dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai Operasi Motosikal dan Pelbagai Kesalahan, beliau berkata, operasi itu dijalankan selama tiga hari di beberapa lokasi di ibu kota.

“Sebanyak 63 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan dua motosikal disita kerana pemiliknya didapati mengubah suai ekzos.

“Motosikal disita akan dibawa ke pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan lanjut, selain pemilik diarah mengubah ekzos ke standard asal,” katanya.

Jelasnya, operasi berakhir pada jam 1 pagi semalam itu, dilaksanakan seorang pegawai kanan bersama 11 anggota polis.

“JSPT Petaling Jaya akan sentiasa mempertingkatkan operasi, terutama pada malam cuti umum bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang serta tidak mengganggu ketenteraman awam. - Getaran, 7 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka