web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar 13 Tahun, Rakan Ditahan Curi Tabung Surau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Aug 2022 5:49PM

Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan berani seorang remaja bersama rakannya mencuri tabung di sebuah surau di Taman Keramat Permai, Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini membawa padah apabila mereka ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari seorang jemaah surau berusia 68 tahun selepas melihat tabung itu tertanggal dari kedudukan asal di ruangan solat wanita pada 6 pagi, 28 Julai lalu.

“Siasatan awal mendapati, pelajar itu masih bersekolah di Seri Kembangan, Selangor, manakala seorang lagi suspek adalah penganggur.

“Kedua-dua suspek yang berusia 13 dan 21 tahun itu, ditahan di tepi Jalan 6/10, Tasek Tambahan pada 10.10 malam tadi susulan laporan diterima daripada jemaah surau tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan itu, jemaah terbabit memaklumkan, jumlah kerugian adalah RM30.

“Reman terhadap suspek dibuat di mahkamah Ampang hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan serta Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'