web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MBSJ Tembak 4,066 Gagak Di 20 Kawasan ‘HotSpot’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 5:59PM

Operasi itu diadakan bagi mengurangkan populasi gagak yang boleh menyebabkan kekacauan dan gangguan awam - Gambar Facebook MBSJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menembak 4,066 ekor burung gagak dalam Operasi Menembak Gagak (OMG) di 20 kawasan ‘hotspot’.

Operasi selama dua jam bermula 7 pagi itu membabitkan seramai 56 penembak.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, operasi itu diadakan bagi mengurangkan populasi gagak yang boleh menyebabkan kekacauan dan gangguan awam.

“Operasi ini adalah inisiatif pihak MBSJ untuk mengurangkan jumlah populasi burung gagak di kawasan pentadbiran MBSJ.

“Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah dan kawasan pembuangan sampah untuk mencari punca makanan, menyebabkan pencemaran serta kekacauan awam, selain menimbulkan rungutan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut dianjurkan melalui Jabatan Kesihatan MBSJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya dan IPD Serdang.

Katanya, orang ramai juga diharap dapat memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan, terutama daripada aspek pembuangan dan pengurusan sampah bagi mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.

“MBSJ mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutama polis yang memberikan kerjasama sepanjang operasi ini dijalankan,” ujarnya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah