web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru Tuisyen Ditemukan Maut, Belum Pasti Akibat ‘Buli Siber’ - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2022 6:20PM

Seorang guru tuisyen wanita ditemukan mati di rumahnya selepas disyaki membunuh diri di sini, kelmarin. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA – Seorang guru tuisyen wanita ditemukan mati di rumahnya selepas disyaki membunuh diri di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian cubaan membunuh diri pada 11.53 malam hari kejadian.

“Mangsa berusia 44 tahun itu adalah guru tuisyen yang tinggal bersama suami dan anak di kediaman berkenaan. (Pada hari kejadian), mangsa dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas dan meninggal ketika perjalanaan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa wanita itu yang juga pempengaruh media sosial membunuh diri dipercayai akibat kecaman hebat diterimanya di akaun Tik Tok mangsa.

Abd Khalid berkata, pemeriksaan di tempat kejadian dan fizikal mangsa sudah dibuat, namun tiada unsur jenayah ditemui.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Setakat ini tiada laporan dibuat mangsa atas dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber,” ujarnya. – Getaran, 8 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'