web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mekanisme Harga Bulanan Minyak Masak: Wujud Situasi ‘Menang-Menang’, Rakyat Lega

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 7:00AM

Menerusi mekanisme itu, minyak masak sawit dalam botol lima kg akan dijual pada harga RM34.70 bagi Ogos. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak masak sawit botol lima kilogram (kg) di pasaran secara bulanan bermula Ogos ini, mampu mewujudkan ‘situasi menang-menang’ kepada pengguna dan peniaga apabila masing-masing memperoleh keuntungan serta mengurangkan bebanan.

Tinjauan Getaran di beberapa pasar raya di sekitar ibu negara mendapati mekanisme dilaksanakan menerusi kaedah purata harga minyak sawit mentah (CPO) bulan sebelumnya itu juga, disifatkan langkah baik dalam membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan membolehkan mereka menarik nafas lega susulan kesan COVID-19 yang dialami sejak lebih dua tahun lalu.

Menurut pekerja swasta, Zulaikha Ishak, 30, alternatif dijalankan kerajaan berhubung penetapan barangan asas pengguna itu, sememangnya dialu-alukan kerana mampu meringankan kesukaran rakyat yang bergelut dengan ketidakstabilan ekonomi sejak sekian lama.

Zulaikha Ishak
Zulaikha Ishak

“Keadaan ekonomi kita yang masih belum pulih memberi impak negatif kepada rakyat, terutama bagi golongan B40.

“Diharap langkah ini diteruskan, termasuk membabitkan subsidi minyak masak sawit bagi botol selain lima kg, seperti satu kg dan tiga kg,” katanya ketika ditemui.

Pengguna, Rashdan Rawi, 51, berkata, keputusan kerajaan berkenaan sememangnya penting bagi menangani inflasi dalam negara dan mengelakkan situasi keadaan harga barang semakin tinggi disebabkan bertambahnya kuasa membeli itu berlaku terlalu lama, demi kebaikan bersama.

Rashdan Rawi
Rashdan Rawi

“Maka langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat dengan memutuskan mekanisme penetapan harga siling minyak masak botol tidak bersubsidi menerusi kaedah CPO ini, diharap membantu mencapai sasaran.

“Keputusan ini diharap dapat diteruskan sehingga hujung tahun ini kerana ia pasti membantu,” ujarnya.

Bagi seorang kakitangan swasta, Mohd Mazri Rustam, 38, kaedah diperkenalkan kerajaan itu wajar bagi mengurangkan kesukaran rakyat akibat masalah ekonomi global yang sememangnya sudah diduga.

Mohd Mazri Rustam
Mohd Mazri Rustam

Jelasnya, sebagai contoh di Malaysia, keadaan ekonomi tidak menentu yang berlaku kini banyak memberi impak kepada rakyat apabila harga pelbagai barang dan keperluan harian meningkat, termasuk bekalan makanan asas, ayam, telur serta petrol.

“Jika (kerajaan) tidak mengambil keputusan demikian untuk menentukan harga siling minyak masak sawit ini, rakyat yang akan lebih sengsara,” katanya.

Mohd Mazri berkata, keputusan kerajaan itu bukan hanya mampu mengurangkan beban rakyat, malah secara tidak langsung memberi faedah kepada pihak peruncit dan peniaga.

“Jadi memang membantu kerana kerajaan tidak menetapkan dalam jangka pendek sahaja, sebaliknya dibuat secara bulanan supaya langkah ini tidak membebankan mana-mana pihak, termasuk pengguna, peruncit dan peniaga,” tambahnya.

Kata-kata itu diakui seorang peniaga, Abdul Razak Latip, 52, yang menyifatkan penetapan harga terbabit memberi pelbagai faedah kepada penggiat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Abdul Razak Latip
Abdul Razak Latip

Katanya, sebagai seorang peniaga kecil, agak sukar untuk dia mendapatkan bekalan minyak masak peket pada harga murah kerana jumlahnya dihadkan kepada setiap pembeli.

Justeru, beliau menyifatkan keputusan kerajaan meletakkan ‘harga berbaloi’ untuk minyak masak sawit botol itu sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada peniaga kecil mendapatkan bekalan dan pada masa sama, menjana lebih pendapatan.

“Ini adalah keputusan tepat untuk mengurangkan tekanan semasa kepada komuniti perniagaan kecil bagi membolehkan menggiatnya menjana pendapatan tambahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang pesara, Rahman Ismail, 60 berkata, keputusan kerajaan berkenaan adalah langkah postif dalam menangani ‘krisis perbelanjaan’ dihadapi rakyat apabila harga kebanyakan barangan semakin meningkat mendadak.

Rahman Ismail
Rahman Ismail

Susulan situasi sukar itu, katanya, langkah kerajaan terbabit dapat meredakan kebimbangan dan tekanan rakyat dalam menyediakan keperluan barangan asas, malah memberi faedah untuk membolehkan mereka berjimat.

Rahman berkata, sekiranya penetapan harga seperti ini tidak dilaksanakan bagi tempoh agak lama, ia akan memberi kesan negatif kepada pihak yang terbabit secara langsung dalam ekosistem pengeluaran, penjualan dan pembelian minyak masak sawit itu.

“Keadaan ini akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit, selain mendatangkan masalah kepada pengguna,” katanya.

Awal bulan ini, Annuar mengumumkan kerajaan membuat keputusan melaksanakan mekanisme penetapan harga minyak masak botol lima kg ditentukan secara bulanan mengikut purata CPO bulan sebelumnya.

Beliau memaklumkan, penetapan harga itu akan berkuat kuasa setiap 8 hari bulan bermula Ogos ini, manakala kadar bagi minyak masak botol tiga kg dan satu kg bakal diumum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menerusi mekanisme itu, minyak masak sawit dalam botol lima kg yang sebelum ini dijual pada harga antara RM39 hingga RM42 akan dijual pada harga RM34.70 bagi Ogos.

Annuar berkata, harga akan ditetapkan secara bulanan berasaskan purata CPO diumumkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada setiap satu hari bulan. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Muar, Syurga Makanan Asli Johor

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Walaupun Kena Saman, Hormat Perlu Ada...

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Punya Pasal, Pemain Dan Jurulatih Kejar Pengadil

4

Semasa 1 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini