web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Cuba ‘Rompak’ Mesin ATM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 6:55PM

Seorang lelaki ditahan selepas cuba ‘merompak’ mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Klang. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG – Seorang lelaki ditahan selepas cuba ‘merompak’ mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan cara menendangnya di Bandar Bukit Tinggi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, tindakan lelaki tersebut dikesan kurang dari 24 jam ia berlaku.

Katanya, suspek yang berusia 25 tahun diberkas kira-kira jam 8.45 malam semalam di Jalan Dato Dagang 6, Taman Sentosa di sini oleh sepasukan anggota Cawangan D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi semalam di sebuah bank.

“Susulan insiden, pengurus bank berkenaan membuat satu laporan polis hari ini,” katanya.

Hoon Fong berkata, pengurus bank berkenaan memberitahu, beliau dihubungi dua petugas yang memaklumkan mengenai kerosakan pada dua skrin mesin ATM.

Jelas beliau, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, suspek memasuki bank berkenaan melalui pintu utama yang tidak berkunci.

“Premis tersebut juga tidak dikawal oleh pengawal keselamatan semasa kejadian, dan suspek diilihat menendang mesin terbabit apabila gagal mengeluarkan wang sebelum melarikan diri.

“Siasatan lanjut dijalankan berdasarkan penemuan beberapa barangan yang kemudian membawa kepada penangkapan suspek,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek yang merupakan warga tempatan didapati mempunyai empat rekod lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad