web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


15 Ditahan Terbabit Sindiket Penyelewengan Diesel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 6:03PM

Lima belas individu ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan diesel subsidi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Lima belas individu ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyelewengan diesel subsidi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Mohd Khairi Jamaludin berkata, penahanan tersebut adalah lanjutan daripada empat kes yang diserahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), membabitkan nilai keseluruhan RM507,142.

Menurut beliau, keempat-empat kes berkenaan masing-masing berlaku 9 Ogos dan semalam.

“Menerusi kerjasama strategik dengan PDRM, empat kes yang berlaku di lokasi berasingan iaitu Semenyih, Kota Damansara, Kapar dan Puchong berjaya dilumpuhkan.

“Kebanyakan suspek mendapatkan bekalan diesel itu dari stesen minyak yang berhampiran,” katanya hari ini.

Mohd Khairi berkata, penahanan berkenaan turut membabitkan rampasan 26,500 liter diesel dan sembilan lori.

“KPDNHEP Selangor akan menjalankan siasatan terperinci dan seterusnya mengambil tindakan ke atas mana-mana stesen minyak yang bersubahat dengan sindiket seumpama itu.

“Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti individu atau pihak lain yang turut terbabit dalam sindiket ini,” katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 20 (1), Subseksyen7(4), Seksyen 21 dan Peraturan 12A di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDNHEP akan bertindak tegas serta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna,” tambahnya. – Getaran, 12 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang