web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serbuan Pusat Hiburan, 49 Individu Islam Minum Arak Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 11:05AM

Seramai 49 individu Islam terdiri daripada 24 orang lelaki dan 25 wanita ditahan. - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 49 pengunjung Islam di sebuah premis hiburan di sekitar ibu negara ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam, selepas mengambil minuman keras ketika ‘ghairah’ berhibur.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka ditahan menerusi Operasi Bersepadu Premis Hiburan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan beberapa agensi kerajaan.

“Operasi bermula pada jam 12 tengah malam itu dijalankan di sekitar Jalan Kia Peng dan Jalan Metro Pudu sebelum berakhir 4 pagi semalam.

“Menerusi operasi itu, 49 individu Islam terdiri daripada 24 orang lelaki dan 25 wanita ditahan serta diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

“Selain JAWI, operasi tersebut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan, hasil pemeriksaan dijalankan di tujuh buah premis hiburan, pihaknya mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta dan sita peralatan terhadap sebuah buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Katanya, DBKL turut membuka satu kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) atas kesalahan mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran.

Pada masa sama, DBKL berkata, pihaknya mengeluarkan notis di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan (kelab malam).

“Satu notis kompaun di bawah UUK 5(1), Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1989 turut dikenakan kerana mempamerkan iklan premis tanpa lesen, selain mengenakan tindakan sita terhadap 10 peralatan muzik, termasuk ‘spinner’, sistem pemain karaoke, ‘mixer’, ‘sound controller’ serta pembesar suara,” tambah kenyataan itu. - Getaran, 13 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

4

Refleksi 10 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global