web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Nelayan Selamat Selepas Hilang 48 Jam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2022 3:47PM

Dua nelayan tempatan yang dilaporkan hilang dua hari di perairan Pulau Selat Kering di Pelabuhan Klang, Selangor ditemui selamat semalam - Gambar APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua nelayan tempatan yang dilaporkan hilang dua hari di perairan Pulau Selat Kering di Pelabuhan Klang, Selangor ditemui selamat semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kapten Maritim V Siva Kumar berkata, pemilik bot itu membuat aduan mengenai kejadian terbabit di Pusat Operasi Maritim Selangor pada 9.50 pagi, selepas bot berkenaan tidak pulang ke pangkalan sejak Khamis.

“Susulan laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bharu mengaktifkan operasi Carilamat pada jam 11 pagi dengan bot Perkasa 35 diatur gerak untuk mengesan mangsa.

“Kira-kira jam 1 petang, kita menerima panggilan daripada nelayan tempatan memaklumkan penemuan bot itu di kedudukan 8.6 batu nautika dari barat Pulau Selat Kering,” katanya menerusi kenyatan hari ini.

Bot itu dinaiki tiga nelayan tetapi akibat kerosakan enjin, seorang daripada mereka pulang ke jeti dengan menaiki bot lain untuk mendapatkan bantuan - Gambar APMM
Bot itu dinaiki tiga nelayan tetapi akibat kerosakan enjin, seorang daripada mereka pulang ke jeti dengan menaiki bot lain untuk mendapatkan bantuan - Gambar APMM

Beliau berkata, kedua-dua nelayan yang masing-masing berusia 37 dan 45 tahun itu, ditemui keletihan.

Katanya, siasatan mendapati, bot itu dinaiki tiga nelayan tetapi akibat kerosakan enjin, seorang daripada mereka pulang ke jeti dengan menaiki bot lain untuk mendapatkan bantuan.

“Selepas selesai baiki, rakan mangsa menuju semula ke kedudukan bot berkenaan, namun gagal mengesan dua individu itu.

“Susulan penemuan ini, operasi SAR ditamatkan pada jam 2.40 petang,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, APMM sentiasa bersedia dalam usaha memberikan bantuan kecemasan di laut walau apa jua keadaan.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai jenayah atau kecemasan di laut, boleh dilaporkan dengan menghubungi PUSOP Maritim Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera. – Getaran, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang