KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Masjid An Nur, Kampung Tebelu, Sebuyau, Sarawak pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari esok.
MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook menasihatkan penduduk di kawasan itu, tidak panik dengan bunyi siren tersebut.
“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia adalah suatu ujian sahaja.
“MET Malaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” menurut kenyataan itu. – Getaran, 14 Ogos 2022