web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dipaksa Melacur Tanpa Bayaran, Polis Selamatkan Wanita Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2022 6:35PM

Seramai 19 orang ditangkap dalam operasi semalam dengan 18 daripadanya terdiri daripada wanita asing berusia antara 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terbabit pelacuran - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menyelamatkan seorang wanita yang dijanjikan pekerjaan sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO), namun dipaksa melacur ketika serbuan di sebuah premis di Taman Fadason, Jinjang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, warga asing berusia 39 tahun itu menjadi pelacur tanpa dia menerima sebarang bayaran.

Menurutnya, dalam operasi pada jam 11 pagi itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Jinjang menyerbu premis terbabit yang disyaki menjadi sarang pelacuran.

“Seramai 19 orang ditangkap dengan 18 daripadanya terdiri daripada wanita asing berusia antara 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terbabit pelacuran.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai penjaga kepada wanita warga asing itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, wanita warga asing itu dibawa ke negara ini dua minggu lalu melalui Stulang, Johor kononnya untuk bekerja sebagai GRO, namun dipaksa menjadi pelacur dan dibawa ke sebuah hotel di bandar raya berkenaan. 

Katanya, wanita lain dalam kumpulan yang ditahan itu mengaku bekerja sebagai GRO tanpa paksaan dan menerima gaji hasil daripada perkhidmatan ditawarkan.

Eng Lai berkata, kesemua 17 wanita lain itu bekerja kira-kira dua tahun di Malaysia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

“Kesemua suspek ditahan reman dengan 17 wanita asing itu dikenakan tindakan berkenaan selama 14 hari sehingga 27 Ogos ini, manakala lelaki warga tempatan terbabit selama enam hari, iaitu sehingga 19 Ogos untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah Eng Lai, mahkamah turut meluluskan permohonan polis untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari bagi tujuan melindungi dan menempatkan mangsa yang dipaksa menjalankan aktiviti pelacuran di Rumah Perlindungan.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 kerana kesalahan memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi, selain Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya. – Getaran, 14 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang