web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#ManaKapalLCS: Polis Akan Panggil 13 Peserta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Aug 2022 8:19PM

Hasil pemerhatian Polis mendapati kira-kira 60 individu menyertai protes (berkenaan), termasuk dalam kalangan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil 13 peserta Perhimpunan #ManaKapalLCS yang diadakan hari ini di pekarangan sebuah pusat beli belah di sini, bagi memberi keterangan berhubung pembabitan mereka dalam acara protes itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu aktiviti perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang di lokasi itu.

“Hasil pemerhatian dilakukan mendapati kira-kira 60 individu menyertai protes (berkenaan), termasuk dalam kalangan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.

“Mereka dilihat memegang beberapa plakad dan kain rentang bertulis ‘keselamatan negara terancam kesiagaan TLDM terjejas’, ‘H20 letak jawatan’, ‘siasat di mana kapal!’, ‘mana kapal LCS’ dan lain-lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Katanya, setakat ini, seramai 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan itu sudah dikenalpasti dan mereka akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang dan (jika berdegil), tindakan tegas akan diambil di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” ujarnya.

Getaran hari ini melaporkan, seramai kira-kira 200 orang berhimpun di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang didakwa terbabit salah urus projek kapal tempur pesisir (LCS).

Perhimpunan berlangsung satu setengah jam bermula 2 petang itu diadakan secara aman tanpa sebaran insiden tidak diingini yang menyaksikan peserta melaungkan ketidakpuasan hati sambil memegang plakad dan kain rentang tertera beberapa slogan. – Getaran, 14 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peserta Perhimpunan #ManaKapalLCS Bantah Salah Urus Projek Kapal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini