web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kandungan Berunsur Seksual, Pengamal Perubatan Harus Lebih Sensitif

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Aug 2022 8:05PM

Sebarang pengisian berunsur seksual, meskipun sebagai pengajaran seharusnya disampaikan dengan penuh berhemah, agar tidak dilihat sebagai kandungan lucah - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiap kandungan atau perkongsian di media sosial yang berunsur pengetahuan atau pendidikan seksual perlu dibuat dengan batasan tertentu agar ia tidak disalah guna.

Sebarang pengisian berunsur seksual, meskipun sebagai pengajaran seharusnya disampaikan dengan penuh berhemah, agar tidak dilihat sebagai kandungan lucah yang cuba memancing minat netizen.

Pensyarah Kanan, Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, perlu ada panduan khusus berhubung perkongsian oleh pengamal perubatan di media sosial bagi mengelakkan rasa tidak selesa orang ramai.

Menurut beliau, bukan semua pihak boleh menerima secara terbuka paparan berunsur seksual, walaupun ia bertujuan mendidik.

“Sebenarnya, jika sebarang konsultasi atau rujukan pakar kepada setiap pesakit itu harus bersifat bertutup, lebih kepada konteks 'one-to-one', apatah lagi jika membabitkan isu sensitif seperti seksual.

“Kena akui hakikat bahawa Malaysia masih sebuah negara yang tidak melihat isu berasaskan seks dan pendidikan berunsur seksual harus dibincang secara terbuka,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Shazli memberi cadangan, ada baiknya jika ruangan komen ditutup sekiranya pengamal perubatan terbabit mahu berkongsi kandungan seumpama itu, bagi mengelakkan ia dibanjiri reaksi lucah oleh netizen ‘berotak kuning’,

Beliau berkata, ada kalangan pengamal perubatan tersebut yang bertindak terlalu ‘berani’, mungkin kerana merasakan kandungan dikongsi berupaya menarik minat pengikut, sekali gus membuatkan akaun media sosial mereka semakin dikenali.

“Mereka mungkin berasa ia sekadar satu pendidikan tapi hakikatnya, perkongsian yang terlalu ‘berani’ dan ‘terbuka’ tidak sesuai untuk senario di Malaysia yang berteraskan adat dan budaya masyarakat Timur.

“Media sosial di Malaysia dilayari pengikut berbilang peringkat umur dan komen atau reaksi lucah diberikan netizen boleh sahaja mendorong kepada perlakuan tidak sopan oleh kalangan generasi muda,” tegasnya. 

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perkongsian seumpama itu boleh menjejaskan reputasi pengamal perubatan terlibat, jika ia dibiarkan berterusan.

“Bukan salah kalau ada pakar perubatan ingin berkongsi mengenai satu pendedahan atau maklumat kepada orang ramai dengan tujuan mendidik, namun ia tidak wajar dilakukan secara terbuka di media sosial.

“Perlu ada batasan tersendiri yang bersesuaian supaya ia tidak mengganggu ketenteraman awam,” ujarnya.

Beliau berkata, lebih sesuai jika konten sensitif itu dikongsi di laman sesawang peribadi atau di blog masing-masing untuk dijadikan rujukan pihak yang memerlukan.

“Media sosial merupakan satu platform terbuka dan digunakan pelbagai peringkat netizen. Ia bukan lokasi sesuai untuk kandungan seperti ini kerana boleh mencetuskan kontroversi tidak diingini,” katanya. – Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Kusangkakan Gorgon Yang Naik, Rupanya...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini