web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kiosk MyOnline Pasport Permudah, Singkat Masa Permohonan PMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 10:11PM

Menerusi usaha ini, tempoh memproses pasport dapat dipendekkan kepada 45 minit, berbanding satu jam sebelum ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagi memudahkan proses permohonan pasport yang meningkat di Selangor, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan Kiosk MyOnline Pasport di Pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri berkenaan, bermula hari ini.

Menurut kenyataan JIM, inisiatif terbabit seiring kemajuan dunia digital kini yang menyaksikan perkembangan orientasi gajet pelanggan.

“Permohonan tinggi Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) setiap hari, iaitu kira-kira 2,900 mendorong JIM memperkenalkan kiosk terbabit.

“Menerusi usaha berkenaan, tempoh memproses pasport dapat dipendekkan kepada 45 minit, berbanding satu jam sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

JIM memaklumkan, pendekatan proaktif terbabit turut diperkenalkan bagi menawarkan perkhidmatan efisien, mudah dan cepat kepada pelanggan, terutama dalam situasi permohonan dokumentasi diri itu kini mencecah 60,000 sebulan.

Katanya, kemudahan kiosk itu juga dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan yang memilih untuk ‘walk-in’ ke pejabat JIM di UTC Selangor, khususnya pada waktu puncak.

Malah, kenyataan itu memaklumkan, penyediaan kiosk terbabit memberi banyak kemudahan kepada pelanggan yang berurusan dengan agensi berkenaan.

“Kategori yang layak diberi kemudahan kiosk ini adalah pemohon berusia 13 tahun dan ke atas yang bukan daripada kategori permohonan PMA baharu, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

“Perkhidmatan ini juga disediakan bagi individu yang hilang atau mengalami rosak pasport atau pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara,” katanya.

Jelasnya, inisiatif terbabit dapat diperluaskan ke seluruh negara sebagai satu saluran penyampaian dan perkhidmatan berkesan pada masa hadapan, tanpa mengabaikan aspek keselamatan dokumen. – Getaran, 15 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah