web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JHEAIPP Diarah Siasat Kes Tular Kedai Nasi Ayam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2022 12:47PM

Tangkap layar dari video media sosial menunjukkan dua lelaki mengambil bekalan daripada sebuah restoran bukan Islam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan berhubung dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara, dekat sini mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik daripada restoran bukan Islam.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata dakwaan itu serius dan siasatan perlu dijalankan secara menyeluruh kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

“Saya sudah mengarahkan beberapa agensi termasuk JHEAIPP menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam dan mereka sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Saya difahamkan siasatan dijalankan berdasarkan apa yang terkandung dalam media sosial sahaja setakat ini kerana kita belum mendapat sebarang aduan rasmi. Kita respons ke atas apa yang kita dapat maklumat melalui media,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal oleh pentadbiran agama itu telah dibuat namun belum lengkap kerana ada lagi yang perlu diambil kira, selain mendapatkan maklumat secara sahih sebelum sebarang tindakan dibuat.

Menurut Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pemilik dan pekerja kedai serta beberapa individu yang didakwa terlibat dengan kedai makan itu telah dikenal pasti dan kemungkinan akan dipanggil untuk siasatan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Peguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang A Mogan ketika dihubungi berkata JHEAIPP ada memaklumkan mahu menjalankan siasatan susulan kes itu bersama pihaknya.

“Saya dimaklumkan kes itu sedang disiasat oleh JHEAIPP dan mereka (JHEAIPP) nak adakan siasatan susulan bersama KPDNHEP berhubung kes tersebut,” katanya.

Sejak semalam, tular video berdurasi dua minit 38 saat berhubung dua lelaki Melayu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara.

Rakaman video itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Muslim kerana merasakan peniaga tersebut telah menipu pelanggannya dengan mendapatkan bekalan daripada sumber tidak halal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Nikmati Nasi Ayam Sedap di Nasi Ayam Kee Chup, JB!

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Demi Allah SWT Tidak Guna Bahan Terlarang, Tapi Akui Tiada Sijil Halal

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Insiden Warga Emas Didakwa Diserang, Siasatan Terperinci Perlu Dijalankan

4

Selera 1 tahun yang lalu

Asalnya Wartawan, Kini Pengusaha Itik Panggang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah