web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Gerai Nasi Ayam Tular Tiada Sijil Halal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Aug 2022 7:52AM

Mohd Hanif Omar @ Wahab

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mendapati sebuah gerai makanan di Sungai Ara, dekat sini, yang tular sejak kelmarin berhubung dakwaan seorang peniaga Muslim mengambil bekalan nasi ayam dan itik daripada restoran bukan Islam, tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pemangku Pengarah JHEAIPP, Mohd Hanif Omar @ Wahab, berkata pemeriksaan pihaknya di satu lagi cawangan gerai itu di pusat membeli belah di Persiaran Gurney di sini, juga tidak memiliki SPHM.

Katanya, gerai di Sungai Ara tidak dibuka dan cawangannya di Persiaran Gurney beroperasi.

Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mendapati makanan dimasak di cawangan Persiaran Gurney turut dibawa untuk dijual di gerai Sungai Ara, katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mohd Hanif berkata pihaknya telah menasihatkan dua lelaki yang merupakan pemilik gerai berkenaan memohon SPHM daripada JHEAIPP.

Katanya, siasatan terhadap restoran nasi ayam dan itik bukan Islam di Paya Terubong juga tidak memiliki SPHM.

“Pemilik gerai di Sungai Ara dan cawangan di Persiaran Gurney hanya menghantar makanan yang tidak habis dijual ke restoran Paya Terubong untuk diberi makan kepada anjing  peliharaan pemilik premis berkenaan  dan membasuh bekas-bekas serta peralatan makanan di sana,” katanya.

Sejak semalam, tular video berdurasi dua minit 38 saat berhubung dua lelaki Melayu dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil nasi ayam dan menjualnya di gerai milik orang Melayu di Sungai Ara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Nikmati Nasi Ayam Sedap di Nasi Ayam Kee Chup, JB!

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah