web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anjur Perhimpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan, 3 Pemuda Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 3:57PM

Mohd Hasbie (dua dari kiri) bersama Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub yang hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan kepada Ketua AMK PKR Cabang Batu itu. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga individu yang bertindak sebagai penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka iaitu Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Hasbie Muda, 35; Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Cabang Batu, Muhammad Sabda Suluh Lestari Yahya, 33, dan Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Mohamad Aliff Naif Mohd Fizam, 24 masing-masing didakwa di mahkamah berasingan atas kesalahan mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Mohd Hasbie Muda (tengah).
Mohd Hasbie Muda (tengah).

Mohd Hasbie membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Wong Chai Sia manakala Mohamad Alif dan Muhammad Sabda Suluh masing-masing di hadapan Majistret S Mageswary serta Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh gagal memaklumkan kepada polis mengenai penganjuran tiga acara berkenaan yang diadakan secara berasingan, lima hari sebelum ia berlangsung

Fahmi Fadzil turut hadir untuk memberikan sokongan.
Fahmi Fadzil turut hadir untuk memberikan sokongan.

Perhimpunan dikenali sebagai #TURUN itu diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru dan di hadapan pusat beli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 1, 9 serta 23 Julai lalu, jam 2 dan 3.30 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama, dan membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Faiz Fadzil
Faiz Fadzil

Kesemua tertuduh diwakili peguam Faiz Fadzil, Bryan Ng dan Asheeq Ali manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamaluddin; Mohd Radzi Shah dan Muhamad Zuraidi Zulkifli.

Mahkamah turut membenarkan Mohd Hasbie dan Mohamad Aliff Naif Mohd Fizam diikat jamin RM3,000 seorang manakala Muhammad Sabda Suluh dikenakan jaminan RM7,000 tanpa sebarang syarat tambahan.

Sebutan semula kes Mohd Hasbie ditetapkan 22 September depan, manakala Muhammad Sabda Suluh dan Mohamad Alif masing-masing pada 28 serta 21 September.

Turut hadir di mahkamah sebagai tanda solidariti hari ini adalah barisan pemimpin AMANAH, Mohamad Sabu dan timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil. – Getaran, 18 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah