web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Tasik Perdana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 12:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita ditemui terapung di Tasik Perdana, di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mazuri Mat Zain berkata, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.39 pagi tadi.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999, pihak bomba menghantar jentera ke tempat kejadian.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) turut bergegas ke lokasi,” katanya hari ini.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, mereka diminta oleh polis untuk membantu menaikkan mayat yang berada di dalam tasik dengan anggaran jarak tiga meter dari tebing.

“Operasi itu berjaya diselesaikan pada jam 10.12 pagi dan mayat berkenaan diserahkan kepada polis serta paramedik di lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mayat yang lengkap berpakaian tersebut merupakan seorang wanita dewasa berusia 68 tahun dan identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti. - Getaran, 20 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka