web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amaran Kepada Ketua Hakim Melampau, Belum Pernah Berlaku - Rais Yatim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 4:43PM

Rais Yatim berkata, tindakan memberi ancaman kepada Ketua Hakim Negara adalah melampau dan belum pernah berlaku. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan memberi ancaman kepada Ketua Hakim Negara merupakan sesuatu yang melampau dan belum pernah berlaku.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tindakan tersebut sebagai amat menggerunkan dan tidak pernah dialami, termasuk oleh pengendali kes berprofil tinggi yang melibatkan hukuman gantung mandatori.

“Sekalipun pihak kehakiman sebelum ini pernah mengendalikan kes tinggi yang melibatkan hukuman gantung, namun mereka tidak pernah menerima elemen bersifat ugutan.

“Berita tentang adanya pihak mengugut hakim amat menggerunkan,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Jelebu menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan terhadap pelaku terbabit.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dikesan menerima pelbagai ancaman di media sosial, termasuk aplikasi Twitter dan Facebook, sejak tengah malam Jumaat.

Beliau merupakan pengerusi lima panel hakim yang mendengar rayuan akhir membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan sabitannya berhubung dana Syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Media sebelum ini memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai berkata, isu tersebut dilihat serius sekalipun belum ada mana-mana laporan dibuat.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan ketenteraman awam.

“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),” katanya. – Getaran 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Mahkamah Syariah, Undang-Undang Islam Tidak Akan Terkubur - Ketua Hakim Negara

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Ketua Hakim Negara Ingatkan Peguam Tidak Ulas Kes Cabar Enakmen Syariah Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka