web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Curi Wang Majikan Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 7:00PM

Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki mencuri wang majikannya. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG – Polis menahan seorang remaja lelaki yang disyaki mencuri wang majikannya, iaitu pengurus sebuah premis mencuci kereta di Ampang Waterfront di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan di Lembah Permai pada jam 9.50 malam, Khamis lalu.

“Siasatan awal mendapati, suspek mencuri wang hasil perniagaan sebanyak RM815 yang disimpan dalam bekas kotak berzip di premis terbabit.

“Suspek ditahan susulan laporan dibuat oleh pengurus premis cuci kereta itu yang mendakwa kehilangan wang hasil perniagaan sebanyak RM815,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya turut merampas pakaian yang digunakan semasa kejadian serta sebuah motosikal jenis Modenas.

Katanya, suspek dipercayai bekerja di premis cuci kereta itu sejak dua bulan lalu.

“Wang curi berkenaan telah digunakan suspek untuk membeli aksesori motosikal.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. – Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global