web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serang Peribadi Hakim Memalukan, Undang Persepsi Negatif

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 8:33PM

Ahmad Faizal Azumu - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan menggancam badan kehakiman akan mengganggu kebebasan institusi tersebut dan boleh memalukan nama baik negara.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, serangan peribadi terhadap lima panel Hakim Persekutuan yang terbabit dalam prosiding rayuan terakhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dianggap sebagai amat tidak beretika.

“Serangan peribadi itu dibimbangi mewujudkan keadaan tidak tenteram termasuk mengancam kedaulatan undang-undang.

“Saya yakin, serangan ini sengaja dilakukan bagi mengganggu kebebasan badan kehakiman negara,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan itu perlu dihentikan serta merta kerana ia mengundang persepsi negatif, apatah lagi dilakukan secara terbuka di media sosial.

Katanya, badan kehakiman perlu berfungsi sebagai benteng terakhir dalam menegakkan keadilan.

“Menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk memastikan maruah institusi kehakiman dipelihara dengan rapi.

“Memang, demokrasi tidak menghalang hak rakyat daripada bersuara dan memberi kritikan namun ia tidak bererti mana-mana individu boleh melakukan serangan secara peribadi apatah lagi disulami dengan niat jahat untuk kepentingan pihak tertentu,”ujarnya.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, badan kehakiman seharusnya diberi ruang dan masa bagi memastikan keadilan serta kebenaran dapat dilaksanakan demi kedaulatan undang-undang.

Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dikesan dalam pelbagai medium laman sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Beliau, merupakan pengerusi lima panel hakim bagi mendengar rayuan akhir yang sedang berlangsung membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membatalkan sabitannya berhubung dana Syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyiasat sebarang elemen ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. - Getaran, 20 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

4

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang