web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bapa, Teman Wanita Ditahan Dera Anak OKU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Aug 2022 3:25PM

ACP Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan kejam seorang bapa dan teman wanitanya mendera anak perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) terbongkar apabila mereka ditahan polis di rumah keluarganya di Lembah Jaya Selatan, Taman Sri Intan Ampang di sini, semalam.

Kedua-dua individu terbabit dipercayai mendera mangsa yang mengalami masalah saraf dengan memukulnya menggunakan batang penyapu, penyangkut baju dan batang mop di kediaman itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pegawai perubatan Hospital Ampang menerima seorang pesakit wanita OKU berusia 31 tahun yang dibawa ambulans dari tempat kejadian pada jam 12 tengah hari.

Menurutnya, hasil rawatan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan seperti lebam di mata kanan mangsa, disyaki dipukul dan ditumbuk.

“Susulan itu, pada jam 8.30 malam, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan lelaki bekerja sebagai buruh itu bersama teman wanitanya yang tidak bekerja.

“Beberapa objek seperti kayu penyapu, penyangkut baju dan kayu mop disyaki digunakan untuk mendera mangsa turut dirampas,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki berusia 60 tahun dan teman wanitanya yang berusia 47 tahun, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek turut negatif.

“Kedua-dua suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 24 Ogos untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bapa, Anak Perempuan Maut Nahas SUV - 4WD

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi