web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rugi RM13,000 Akaun Digodam, Dr Rafidah Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap CIMB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 8:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Susulan mengalami kerugian RM13,000 selepas akaun bank miliknya digodam, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas CIMB.

“Ya. Saya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas @CIMBMalaysia. Malah, saya berpendapat, seluruh negara juga patut melakukan perkara sama.

“Sehingga CIMB dan semua bank di Malaysia mengambil langkah bersama, saya tidak akan berhenti memperkatakannya.  

“Berjuang untuk mereka yang tidak bersuara. @BNM_official (Bank Negara Malaysia) nampaknya tidak dapat mengawal bank,” katanya menerusi Twitter.

Dr Rafidah berkata demikian bagi menjawab ciapan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang bertanya sama ada beliau mempertimbangkan tindakan undang-undang berhubung kes dialaminya.

“Salam Dr, adakah anda mempertimbangkan untuk tindakan undang-undang. Ini kerana terlalu ramai menjadi mangsa penipuan dan malware (perangkap) seumpama itu, justeru langkah sewajarnya perlu dilakukan,” kata pemimpin itu.

Getaran sebelum ini melaporkan, Dr Rafidah menerusi Facebook mendedahkan beliau mengalami kerugian RM13,000 selepas tiga transaksi tidak sah dibuat menggunakan akaun simpanannya.

Dr Rafidah Abdullah
Dr Rafidah Abdullah

Tanpa berselindung, beliau meluahkan kekecewaan terhadap tahap keselamatan CIMB yang terlalu mudah dibolosi.

Dr Rafidah berkata, terdapat tiga transaksi melalui aplikasi telefon pintar bank terbabit yang dibuat sekitar jam 2 hingga 2.30 pagi tanpa beliau menerima TAC.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas syarikat perbankan terbabit, beliau ada tertekan pautan beberapa hari lalu yang membenarkan sebuah lagi peranti didaftar ke akaun miliknya.

“Ia tidak masuk akal. Nampaknya duit tidak selamat dengan CIMB bank. Saya sudah laporkan ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini maklum balas (diterima) adalah kalau scammer sudah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan.

“Tidak apa, Saya reda. Yang pasti saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun dalam masa terdekat ini,” luahnya.

Getaran sedang berusaha menghubungi CIMB dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk mendapatkan maklum balas. - Getaran, 21 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global