web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Rakyat Malaysia ‘Bekal’ Kumpulan PATI Sebagai Pekerja Kilang Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2022 8:27PM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Dua individu warga tempatan yang dipercayai membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra masuk ke negara ini, ditahan polis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis peronda lebuh raya mengesan sebuah kenderaan dengan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh di kilometer dua Plaza Tol Penchala pada jam 11.20 pagi.

“Anggota polis berkenaan mengarahkan pemandu tersebut berhenti, tetapi kenderaan itu memecut laju di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

“Kami mengejar kenderaan itu hingga ke Jalan SS2/67 di sini, sebelum kenderaan tersebut berhenti akibat melanggar dua buah kenderaan lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 36 dan 31 tahun itu turut cuba melarikan diri, namun polis menahan mereka di hadapan bangunan berhampiran.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu mendapati, ia turut dinaiki seramai lapan lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 43 tahun yang kesemuanya warga asing disyaki PATI serta tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

“Polis merampas sebuah kenderaan jenis Naza Citra, tiga telefon bimbit, wang tunai RM500 dan sembilan beg pakaian.

“Siasatan awal mendapati kesemua imigran yang tidak boleh berbahasa Inggeris atau Melayu itu, dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja di kilang sekitar Damansara, Petaling Jaya,” ujarnya.

Tambah Fakhrudin, kedua-dua suspek warga tempatan ditahan di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata, sembilan warga asing ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen (Pindaan) 2002 (Akta 155).

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - Getaran, 21 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad