web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pinda Akta ‘Lapuk’ Tangani Jenayah Scammer, Hukum Keldai Akaun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 7:02AM

Peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) digunapakai ketika ini tidak menepati perkembangan semasa, terutama dengan kecanggihan alaf baharu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ekoran semakin banyak kes penipuan dalam talian membabitkan ‘scammer’ dilaporkan, sudah tiba masa kerajaan meminda undang-undang sedia ada bagi membendung jenayah itu dan mengheret pelaku, termasuk sindiket ‘keldai akaun’ ke muka pengadilan.

Malah, peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) digunapakai ketika ini, digubal dan diluluskan 20 tahun lalu yang menyaksikannya tidak menepati perkembangan semasa, terutama dengan kecanggihan alaf baharu teknologi sistem perbankan dalam talian atau e-banking.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, malah pindaan undang-undang itu perlu dilaksanakan kerana tidak meliputi jenayah penipuan dalam talian.

“Pindaan Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) perlu ada undang-undang khusus bagi ‘keldai akaun’ juga.

“Menerusi pindaan ini nanti, individu merekrut keldai akaun atau keldai akaun yang didapati bersubahat boleh dikenakan tindakan undang-undang dan dibawa ke mahkamah atas tuduhan membenarkan akaun digunakan untuk tujuan penipuan.

 Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood - Gambar Fail Bernama
Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood - Gambar Fail Bernama

Keldai akaun adalah kegiatan membabitkan mangsa yang sanggup menyerahkan kad ATM serta nombor pin keselamatan kepada individu lain dan akaun tersebut akan digunakan untuk tujuan jenayah.

Modus operandi digunakan sindiket adalah dengan meminta keldai akaun (mangsa) membuka akaun bank untuk disewa atau dijual dengan alasan bagi urusan perniagaan atau ‘cuci duit’ judi dalam talian.

Beberapa cara digunakan sindiket untuk mendapatkan keldai akaun, seperti sewa atau beli, pinjaman Ah Long, tawaran kerja dan memberi pinjam kenalan.

Nik Ahmad Kamal berkata, bagi membendung jenayah siber itu, pihak bank juga harus memainkan peranan dengan memperkemas dan meningkatkan keselamatan sistem, selain memperkukuh prosedur operasi standard (SOP) pemindahan wang secara atas talian.

“Jika sesuatu kes scammer (penipuan) terjadi, ia akan melibatkan lebih daripada akaun untuk memindahkan wang mangsa, di mana transaksi tersebut juga membabitkan penggunaan ‘keldai akaun’,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan berharap pihak berkuasa sentiasa menjalankan kempen kesedaran terhadap masyarakat bagi memastikan mereka cakna untuk mengekang jenayah tersebut.

Wan Azliana Wan Adnan - Gambar Fail
Wan Azliana Wan Adnan - Gambar Fail

Katanya, kekurangan kesedaran orang ramai terhadap modus operasi atau taktik digunakan sindiket terbabit, menjadi antara punca utama jenayah itu sering berlaku.

Beliau berkata, ia lebih mudah menjerat warga emas kerana kebiasaannya golongan itu kurang pendedahan mengenai perbankan dalam talian.

“Kebiasaan scammer akan menimbulkan rasa panik dalam kalangan individu yang kemudian menyebabkan mereka terpedaya dan menjadi mangsa dengan tipu helah pihak terbabit,” katanya.

Justeru, Wan Azliana berkata, orang ramai harus mengelak mengakses laman jual beli, permainan dan perbankan secara dalam talian, terutama menggunakan akses internet percuma yang sering disediakan di kawasan umum, seperti restoran, pasar raya dan lapangan terbang.

Kegagalan mereka untuk mengelak keadaan itu, katanya, memberi ruang dan peluang kepada scammer untuk lebih mudah memainkan peranan.

Wan Azliana berkata, paling penting adalah orang ramai diminta tidak memberikan sebarang maklumat peribadi jika diminta, sama ada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi di gajet yang diterima mereka atau melalui panggilan telefon walaupun pemanggil memperkenalkan diri sebagai pihak polis, bank atau mahkamah.

“Pengguna juga perlu menolak dan tidak membayar secara tunai jika menerima sesuatu barang yang tidak dibeli daripada pihak tidak diketahui.

“Jika perlu melakukan transaksi tunai dalam talian, pengguna disaran hanya menggunakan satu akaun bank khusus untuk tujuan berkenaan,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Zahid AF Kongsi Kisah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang