web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.1 Juta Dilupus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Aug 2022 2:32PM

Pelupusan itu melibatkan 10,106 tin minuman keras, 517 botol minuman keras, 52 mesin bitcoin dan sebuah komputer serta 15,200 karton rokok - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang melupuskan pelbagai barangan rampasan kes dengan nilai keseluruhan RM1.1 juta, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pelupusan itu melibatkan 10,106 tin minuman keras, 517 botol minuman keras, 52 mesin bitcoin dan sebuah komputer serta 15,200 karton rokok.

Katanya, semua barangan dilupuskan itu adalah hasil rampasan dilakukan melalui tujuh kes yang disiasat di bawah Akta Kastam 1967, antara 2018 hingga 2021.

“Lima kes berkaitan arak, baki dua lagi membabitkan kes rokok tidak sah dan rampasan mesin bitcoin,” katanya pada sidang media selepas majlis pelupusan barang kes itu, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 11 tangkapan dibuat membabitkan kes arak dan rokok, manakala untuk kes bitcoin tiada sebarang penahanan dilakukan.

Wan Kamarul berkata, penahanan membabitkan tujuh lelaki warga tempatan iaitu tiga warga Bangladesh dan satu warga Myanmar kesemuanya berusia antara 21 hingga 48 tahun.

Katanya, pelupusan barang kes dilakukan syarikat dilantik yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

“Kaedah pelupusan mesin bitcoin ini dilakukan dengan cara peleraian manakala minuman keras dengan cara pengasingan cecair.

“Bagi rokok pula, ia dilupuskan dengan cara dibakar di dalam kebuk pembakaran,” katanya.

Wan Kamarul berkata, pelupusan barang kes hari ini adalah yang pertama dilakukan tahun ini dan terbesar sejak 2018 hingga 2021. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global