web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan 7 Individu Termasuk Wanita, Rampas Dadah Bernilai RM112,500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 8:21PM

Polis berjaya merampas dadah bernilai RM112,500 dan menahan 7 orang dalam Op Ophelia yang diadakan di ibu kota, minggu lalu. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah, diberkas polis bersama bahan larangan itu yang dianggarkan bernilai RM112,500 menerusi serbuan berasingan dalam Op Ophelia minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak empat bulan lalu. 

“Siasatan awal mendapati, satu sindiket didalangi warga tempatan bergerak aktif sejak April tahun ini.

“Mereka mendapat bekalan dadah dari utara Semenanjung untuk pasaran Lembah Klang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan menerusi hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan pertama pada jam 2.15 petang Khamis lalu, dua lelaki dan seorang wanita berusia 32 hingga 39 tahun ditahan di lobi sebuah hotel di ibu kota.

“Susulan serbuan itu, kita menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis ganja seberat satu kilogram serta syabu (958 gram) di dalam sebuah bilik hotel berkenaan,” ujarnya.

Azmi berkata, dalam serbuan berasingan keesokannya, polis menahan tiga lelaki berusia 23 hingga 27 tahun pada jam 6.45 petang di kawasan parkir kereta sebuah kondominium di Jalan Ampang.

Katanya, polis merampas ganja seberat 30 kilogram dalam serbuan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kondominium dipantau pengawal keselamatan itu, dipercayai dijadikan tempat penyimpanan dadah untuk mengaburi dan menyukarkan ia dikesan pihak berkuasa.

“Enam daripada tujuh suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

“Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. - Getaran, 22 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini