web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPM Jamin Kes Buli Dilapor Ibu Bapa 'Tersimpan Rapi' - Radzi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 9:21PM

Radzi Jidin pada majlis pelancaran projek badminton Jejak Juara Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) di sini, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan, semua laporan kejadian buli di sekolah yang diterima pihaknya akan dikendalikan sebuah unit khas di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, unit khas itu bakal dianggotai pegawai berpengalaman dalam menangani kes buli.

Beliau berkata, maklumat mengenai laporan diterima sama ada menerusi portal ‘Aduan Buli’ dibangunkan KPM atau aplikasi dalam talian itu juga akan disimpan secara sulit.

“Jadi kami (KPM) tahu bahawa satu daripada cabaran terbesar dihadapi ibu bapa apabila melaporkan kes buli adalah ketakutan anak mereka akan menerima akibat daripada pihak sekolah susulan laporan itu.

“Kerahsiaan ini juga memberi keyakinan kepada orang ramai dan ibu bapa mengenai kebolehpercayaan mereka terhadap unit khas berkenaan.

“Malah aspek kerahsiaan turut menjadi satu daripada cabaran besar kepada KPM dalam menanggani isu buli di sekolah apabila ibu bapa bimbang untuk melaporkan,” katanya.

Radzi Jidin
Radzi Jidin

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan projek badminton Jejak Juara Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) di sini, hari ini.Selain itu, Radzi berkata, KPM menerima 19 aduan mengenai buli di sekolah sejak portal ‘Aduan Buli’ dilancarkan Khamis lalu.

Menurutnya, portal yang boleh diakses menerusi laman sesawang, www.moe.gov.my/aduanbuli itu, menyediakan maklumat lanjut mengenai cara mengemukakan aduan.

Portal itu memberi pilihan kepada pelajar, ibu bapa atau penjaga untuk mengemukakan aduan sama ada melalui talian hotline di 03-8884 9352, Whatsapp (014-8009325), emel (adubuli@moe.gov.my) atau sistem pengurusan aduan awam kementerian (SISPA).

Mengulas mengenai Jejak Juara, Radzi berkata, program itu adalah langkah bagi mencapai misi membangunkan bakat muda menerusi kerjasama KLBA dengan KPM melalui Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MSSWPKL).

Kerjasama itu, katanya, membabitkan tempoh enam tahun bermula 2022 hingga 2027 yang menyaksikan KLBA akan memastikan ibu kota terus menjadi pusat untuk menyediakan bakat badminton tempatan berkualiti di masa hadapan.

“Sebanyak empat sekolah dipilih menjadi lokasi Pusat Latihan Daerah (PLD), iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong sebagai PLD Sentul, SMK Sri Pantai (PLD Bangsar), SMK Seri Bintang Selatan (PLD Pudu) dan SMK Wangsa Melati (PLD Keramat) yang turut menempatkan jurulatih untuk memberi panduan serta tunjuk ajar kepada pelajar.

“Kita berharap untuk bekerjasama dengan lebih banyak pihak, termasuk kelab badminton dari luar negara bagi berkongsi idea serta pandangan, terutama mengenai sistem latihan pemain muda kita dan pada masa sama, menyuntik idea baharu kepada barisan kejurulatihan,” ujarnya - Getaran, 22 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi