web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Minta Wang Perlindungan RM100, Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 11:09AM

Seorang lelaki dipercayai cuba memeras ugut pemilik kedai runcit ditahan semalam. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai cuba memeras ugut pemilik kedai runcit di Pandan Perdana dekat Ampang untuk membayar wang perlindungan RM100 ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penangkapan suspek berusia 41 tahun itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada mangsa.

“Mangsa berusia 64 tahun, didatangi seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di kedai runcit miliknya, pada Ahad lalu.

"Kemudian, suspek didakwa meminta wang perlindungan RM100 setiap bulan bagi membolehkan mangsa meneruskan perniagaannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, suspek turut menendang barang di kedai dan mengugut akan datang memukul mangsa di kemudian hari, sekiranya enggan memberi kerjasama.

"Suspek turut dikatakan mengugut akan merosakkan barangan kedai mangsa jika dia enggan membayar wang diminta," ujarnya.

Mohamad Farouk berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dikehendaki bagi kes dadah.

“Suspek ditahan reman hingga 26 Ogos ini, dan kes kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya. -  Getaran, 24 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad