web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tambang Percuma Kepada OKU Selama Sebulan - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 7:08PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operator perkhidmatan rel dan bas utama negara, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan rel dan bas selama sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) mulai hari ini sehingga 30 September ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika mengumumkan perkara itu, berkata tambang percuma itu khusus kepada pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pemegang kad konsesi OKU MyRapid.

“Perkhidmatan Prasarana meliputi semua perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan yang merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) atau bas henti-henti dan juga Rapid Mobiliti.

“Pengguna OKU hanya perlu menunjukkan kad perakuan OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Kad Konsesi OKU MyRapid kepada pegawai stesen rel yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL yang memberi ‘token’ khas untuk menikmati tambang percuma,” katanya pada sidang media di Stesen MRT Pasar Seni, di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd, Mohd Azharuddin Mat Sah dan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim.

Ka Siong berkata pemberian tambang percuma ini adalah tanda terima kasih kumpulan Prasarana kepada pengguna OKU yang menggunakan pengangkutan awam sempena sambutan ulang tahun hari kebangsaan, selain bukti keprihatinan Keluarga Malaysia yang serius menjaga kebajikan serta keselesaan golongan OKU.

Terdahulu, beliau menaiki tren bersama sekumpulan OKU berkerusi roda serta cacat penglihatan dari Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX) ke Stesen MRT Pasar Seni.

Ka Siong berkata berdasarkan statistik Prasarana, jumlah purata penggunaan bulanan dalam kalangan OKU bagi perkhidmatan bas dan rel adalah masing-masing seramai 23,527 dan 26,762 orang.

“Prasarana berharap dengan tambang percuma ini ia dapat memberi manfaat kepada lebih 10,000 golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan awam setiap hari,”  katanya.

Sementara itu, Ras Adiba, berkata pemberian tambang percuma itu adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan menyifatkan perkhidmatan mobiliti sangat diperlukan disebabkan kekangan OKU untuk sampai ke stesen pengangkutan awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka