web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengurusan Organisasi Perlu Diberikan DET, Sokong Pencari Kerja OKU - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 8:37AM

Ras Adiba Radzi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan di setiap organisasi perlu diberikan Latihan Kesaksamaan Ketidakupayaan (DET) supaya dapat meningkatkan kefahaman terhadap pencari kerja dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU).

Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata selain dapat memahami keupayaan tujuh kategori golongan OKU, latihan itu juga boleh membantu memupuk budaya kesamarataan dalam negara.

"Kadang-kadang borang (permohonan pekerjaan) ditanya adakah anda OKU, kadang-kala kalau kita tanda kita OKU terus mereka tidak ambil kita. Ia tidak boleh begitu sebab kami OKU pun ada pengalaman dalam bidang masing-masing," katanya ketika menjadi tetamu program Darah Muda terbitan Bernama TV bertajuk 'Kebolehpasaran OKU: Menyantuni Cabaran', malam ini.

Menurut Jabatan Kebajikan (JKM), tujuh kategori OKU adalah kurang upaya penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai.

DET merupakan satu kaedah komprehensif untuk memahami isu berkaitan ketidakupayaan berasaskan kepada perspektif Model Sosial. Latihan ini telah diguna pakai di peringkat antarabangsa dan memberi kesan positif terutama bagi mewujudkan persekitaran dan masyarakat bersifat inklusif. 

Selain itu, Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata stigma terhadap pencari kerja melibatkan OKU perlu diubah, malah golongan itu harus diberi peluang sama dengan mereka yang normal.

Beliau berkata majikan juga perlu mempunyai minda yang terbuka dan mengubah persepsi, bahawa kekurangan fizikal bukanlah satu penanda aras untuk mengukur kebolehan pencari kerja daripada golongan itu. 

"Sebagai masyarakat, kita perlu tahu dan sedar bahawa OKU itu adalah sebahagian dari kita semua dan kita mesti berikan peluang sama seperti orang yang bukan OKU," katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Dr Mohd Muzzammil Ismail berkata pihaknya melalui pelbagai inisiatif seperti Peneraju Juang telah mengorak langkah berusaha mengubah pemikiran majikan dan OKU dalam memastikan kebolehpasaran golongan berkenaan. 

“Antara inisiatif yang dijalankan ialah Peneraju Juang Skill Kerjaya untuk melatih golongan OKU supaya mereka 'fit' dalam industri sebab kebanyakan yang saya jumpa mereka ini bukan tidak layak tetapi lebih memerlukan sokongan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata Yayasan Peneraju, yang turut bekerjasama dengan pelbagai badan korporat dalam negara, komited dalam memastikan golongan itu bukan sekadar mendapat latihan malah turut menjamin pekerjaan untuk mereka. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 bulan yang lalu

Tip Mencari Pekerjaan Di Zaman Serba Mencabar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 18 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi