web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pegawai Imigresen Ditengking: Laporan Akhir Sudah Dikemuka, Tunggu Tindakan Susulan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 9:03AM

Mohd Shafiq Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Laporan akhir Jawatankuasa Siasatan (JKS) yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sudah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk tindakan selanjutnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan dimuktamadkan pada 19 Ogos itu mengandungi hasil perbincangan empat panel JKS.

Katanya, perbincangan itu diadakan selepas JKS mengadakan sesi temu bual dengan saksi kes pada 10, 11, 12 dan 18 Ogos lalu.

“Pada 5 Ogos 2022, Jemaah Menteri bersetuju jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden melibatkan KPPA dan beberapa pegawai JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Pada tarikh sama, KSN mengumumkan penubuhan JKS bagi menyiasat insiden tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 mengenai perkembangan siasatan JKS terhadap KPPA.

Wan Junaidi berkata, JKS berkenaan dianggotai empat panel, iaitu Peguam Negara sebagai Pengerusi, Tan Sri Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

“KSN bersetuju supaya Jabatan Audit Negara menjadi urus setia bagi JKS.

“Laporan akhir JKS yang ditanda tangan kesemua empat panel dikemukakan pada 22 Ogos lalu kepada KSN untuk perhatian dan tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam kejadian pada 3 Ogos lalu itu, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA, didakwa dimarahi dan ditengking KPPA dengan kata-kata kesat di khalayak ramai kerana tiada pegawai JIM ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pihaknya di situ.

Isu terbabit tular dan menerima respon pelbagai pihak, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memaklumkan, JIM sudah diarah menyiasat dakwaan itu.

Manakala Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Adnan Mat menuntut permohonan maaf daripada Mohd Shafiq berhubung tindakannya, malah menyifatkan ia membelakangi nilai sewajarnya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya amat terkilan dengan insiden berkenaan yang nyata memberi nama buruk kepada sektor perkhidmatan awam negara.

Bagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuduhan ke atas Mohd Shafiq itu tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan.

Menerusi kenyataan, JPA memaklumkan, terdahulu Mohd Shafiq menegur pihak JIM di KLIA mengenai ketidakpatuhan amalan dan prosedur apabila pegawai agensi itu tidak menyemak dokumen perjalanan serta pasport beliau dan delegasi ke luar negara.

JPA menegaskan, teguran tersebut juga tidak dibuat di khalayak ramai seperti didakwa, sebaliknya KPPA hanya menasihatkan pegawai terbabit supaya mematuhi peraturan dan membantu menyelesaikan isu sedemikian secara berhemah. – Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kajian SSPA Beri Tumpuan Pada Peningkatan Produktiviti, Kecekapan Perkhidmatan Awam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 9 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'