web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Belum Dapat Sahkan Mossad Terlibat Kes Culik Warga Palestin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 2:23PM

Azmi Abu Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur masih belum dapat mengesahkan bahawa terdapat pembabitan agensi perisikan asing dalam kes penculikan membabitkan warga Palestin di ibu negara pada September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, berdasarkan siasatan yang jalankan setakat ini, pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai wujudnya pembabitan agensi perisikan Mossad dalam kes berkenaan.

“Kita tidak dapat mengesahkan lagi adanya pembabitan agensi perisikan luar terbabit dalam kes penculikan ini.

“Jadi, bila timbul spekulasi seperti ini, ia mengganggu siasatan kami. Saya tidak tahu bagaimana tuduhan itu muncul dan saya tidak tahu di mana mereka (media itu) dapat (maklumat),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu, di sini, hari ini.

Bulan lalu, seramai 18 individu lelaki dan wanita warga tempatan serta warga Indonesia diberkas antara 29 September sehingga 4 Oktober lalu dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Melaka selepas terbabit dalam kes culik seorang lelaki warga Palestin di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 28 September lalu.

Mangsa yang dipercayai ahli perniagaan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan yang dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pada 14 Oktober lalu, 11 individu termasuk seorang wanita kemudian didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, selepas dipercayai terbabit dalam kes penculikan berkenaan.

Motif penculikan terbabit dipercayai untuk mendapatkan maklumat berkaitan perisian menggodam telefon bimbit yang dimiliki warga Palestin berkenaan.

Dakwaan pembabitan Mossad dalam kes tersebut dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan kononnya ejen perisikan Israel memasuki negara ini dalam usaha mengesan dan menculik rakyat Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Memetik laporan itu, Mossad dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia, termasuk dalam kes penculikan dua lelaki Palestin dipercayai aset Briged Hamas al-Qassam di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas berhubung dakwaan tersebut, Azmi berkata, pada masa ini pihaknya masih belum dapat mengesahkan kebenaran laporan akhbar berkenaan.

“Saya tak boleh nak mengesahkan sama ada laporan itu benar atau tidak, sebab siasatan masih berjalan,” katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya sudah memanggil penulis berita tersebut untuk membantu siasatan. - Getaran, 19 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Bapa Cedera Parah Ketika Selamatkan Anak Daripada Penculik

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Anggota Polis Antara 4 Dituduh Culik Wartawan Bangladesh

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Video Tular Kes Culik Di Sepang Tidak Benar - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lagi Suspek Larikan Seorang Pemuda Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini