web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Alami Strok Di Korea Selatan, Selamat Pulang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 7:20AM

Saifuddin Abdullah menyambut ketibaan Azhar dari Seoul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.15 petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Rakyat Malaysia, Azhar Mohamad, 37, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chungbuk National University, Cheonjung, Korea Selatan, akibat serangan strok pada 31 Ogos lalu, tiba di tanah air, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyambut ketibaan Azhar dari Seoul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.15 petang dengan ditemani dua adik perempuannya, Fazillah, 35, dan Norul Hanim, 34, serta sepupunya, Noradilawaty Zainol, 44.

Azhar, yang bekerja sebagai operator kilang di Korea Selatan selama lima tahun, kemudian dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) di Kuantan bagi menjalani rawatan lanjut.

Saifuddin, ketika ditemui, berkata Bahagian Konsular, Kementerian Luar menerima makluman dari Malawakil Seoul memaklumkan Azhar berada di Republik Korea sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 31 Ogos.

Menurutnya, pihak konsular mengadakan lawatan ada 22 Sept lepas dan susulan itu, Malawakil telah memberi bantuan sewajarnya kepada  Azhar dan ahli keluarganya.

Katanya, bantuan yang diberikan termasuk menyelaras urusan dengan pihak hospital, syarikat penerbangan serta pengeluaran Sijil Kecemasan (EC) bagi membolehkan kepulanganya ke tanah air. 

Saifuddin berkata kementeriannya akan mencari jalan bagi membantu Azhar melunaskan sejumlah besar daripada kos rawatan melebihi RM280,000 dengan sebahagiannya sudah dilunaskan oleh ahli keluarga dan sumbangan orang ramai.

Katanya, pihak hospital bersetuju bahawa baki kos perubatan (anggaran RM126,000) dilunaskan secara ansuran selama 12 bulan.

Beliau menasihatkan warga Malaysia di luar negara untuk mendaftar keberadaan mereka dengan Pejabat Perwakilan Malaysia yang berhampiran bagi memudahkan menghulurkan bantuan sekiranya berhadapan sebarang kecemasan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global