web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suku Ketiga 2022: Kelahiran Hidup Di Malaysia Turun 3 Peratus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 2:13PM

Menurut Jabatan Perangkaan, suku ketiga tahun ini menyaksikan kelahiran seramai 56,572 bayi lelaki dan 52,825 bayi perempuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kelahiran hidup pada suku ketiga 2022 menurun tiga peratus kepada 109,397 berbanding 112,776 pada suku ketiga 2021, menurut Perangkaan Demografi Malaysia Suku Ketiga 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Jabatan Perangkaan, suku ketiga tahun ini menyaksikan kelahiran seramai 56,572 bayi lelaki dan 52,825 bayi perempuan.

Selangor mencatatkan kelahiran hidup tertinggi dengan 22,260 kelahiran atau 20.3 peratus manakala Labuan merekodkan kelahiran terendah dengan 376 kelahiran atau 0.3 peratus.

Pada suku ketiga 2022, sejumlah 50,276 kematian dicatatkan, merosot 31.7 peratus berbanding suku ketiga 2021 dengan kematian lelaki berjumlah 28,533 manakala 21,743 bagi perempuan.

Selangor mencatatkan kematian tertinggi dengan 7,744 kematian atau 15.4 peratus manakala Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 58 kematian (0.1 peratus).

Menurut kenyataan itu sebanyak 597 kematian adalah berkaitan COVID-19 yang menyumbang 1.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian pada suku ketiga tahun ini. 

Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.9 juta pada suku ketiga 2022, meningkat 0.9 peratus berbanding 32.6 juta pada suku ketiga tahun lepas.

Tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi ialah Selangor dengan 21.6 peratus, diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus).

“Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.3 juta berbanding suku ketiga 2021 manakala perempuan menokok daripada 15.5 juta kepada 15.6 juta dalam tempoh sama,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi