web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usaha Menyatukan Parti Politik Antara Cabaran PM Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 7:11AM

Usaha menyatukan parti-parti politik yang berbeza ideologi akan menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha menyatukan parti-parti politik yang berbeza ideologi akan menjadi antara cabaran yang perlu dihadapi Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan yang stabil dan kukuh, menurut penganalisis politik dan pakar undang-undang.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata tugas itu memerlukan kebijaksanaan yang tinggi memandangkan perlembagaan parti-parti terlibat mengandungi peruntukan yang berbeza.

“Ia (perlembagaan parti) menzahirkan betapa berbezanya ideologi masing-masing. Inilah cabaran yang paling penting supaya kerajaan ini kukuh dan tak perlu kita tukar kerajaan,” katanya dalam temu bual Siaran Khas Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 di Bernama TV, semalam.

Selain ini, Shamrahayu juga berkata persidangan pertama Parlimen perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember untuk membentangkan Bajet 2023 bagi melaksanakan sekurang-kurangnya bayaran gaji untuk penjawat awam.

Seorang lagi penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata komposisi kerajaan perpaduan mestilah rasional dan praktikal serta merangkumi wakil daripada semua blok politik, agama, etnik, gender dan negeri.

Katanya walaupun dengan jumlah anggota kabinet yang kecil, namun ia mestilah padat dan berkualiti dengan kepakaran, kebolehan dan kemahiran yang membolehkan kabinet bergerak sebagai satu pasukan.

“Sudah pasti kabinet ini wajar merangkumi kesemua yang telah pun bersetuju untuk berada dalam kerajaan perpaduan. Ia tidak boleh terlalu besar dan saya percaya satu langkah yang boleh diambil ialah mengelak daripada mengambil mereka yang berjawatan dalam parti.

Mungkin yang tidak berjawatan dalam parti boleh berada dalam kerajaan supaya kerajaan itu berjalan dengan licin, lancar dan tersusun dan juga membawa keharmonian dalam kalangan mereka yang akan menganggotai jemaah menteri,” katanya.

Anwar hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Istiadat angkat sumpah berkenaan diadakan selepas Seri Paduka Baginda memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pagi tadi bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, lima hari selepas keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global