web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Miliki Dadah Di Perairan Negara, 4 Warga Asing Ditahan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 5:52PM

Dadah jenis syabu (kiri) dirampas dari empat warga asing di perairan Kuala Endau Rompin, semalam. - Gambar ihsan APMM Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat warga asing yang dikesan memiliki dadah jenis syabu berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang di perairan Kuala Endau Rompin, semalam. 

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, kesemua suspek ditahan susulan pemeriksaan dibuat APMM ke atas sebuah bot yang berlabuh dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 4.35 petang.

Menurut beliau, pemeriksaan APMM menerusi operasi khas dikenali sebagai Ops Makmur itu mendapati, kesemua suspek adalah warganegara Vietnam yang berumur antara 37 sehingga 47 tahun. 

"APMM Pahang berjaya merampas tiga paket kecil lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dianggarkan seberat 30 gram, bersama satu set peralatan menghisap dadah yang disembunyikan di dalam bot terbabit. 

"Kita berjaya menahan bot nelayan tempatan kelas C itu di kedudukan lebih kurang 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau, Rompin, petang semalam," katanya hari ini. 

Gambar ihsan APMM Pahang
Gambar ihsan APMM Pahang

Kamal Ariffin berkata, kesemua dadah yang ditemukan itu dianggar bernilai RM3,000 dan kesemua suspek kini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Bot dan suspek yang ditahan diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin bagi diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya. 

Beliau turut mengingatkan komuniti maritim, khususnya di perairan Pahang agar menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan perbuatan yang menyalahi undang-undang. 

"Ini perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan kawasan perairan di Pahang berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

"Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang talian

09-5717345 yang beroperasi 24 jam atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999," katanya. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Khas: JPJ Kesan Sembilan Pemandu Lori Positif Dadah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang