web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Happy Birthday’ Azizah, Tanpa Kamu, Saya Tak Mampu Galas Amanah Ini - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 7:00AM

Anwar sudah 40 tahun berkongsi hidup dengan Wan Azizah. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Ucapan dicoret Perdana Menteri menerusi Facebook berkenaan, menarik perhatian dan mengundang sebak netizen apabila beliau menunjukkan penghargaan serta kasih sayang terhadap wanita yang dikahwininya sejak 40 tahun lalu itu.

Anwar turut memuat naik gambar memaparkan beliau sedang berbual bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika sidang media pertamanya sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri, sambil Azizah sedang merakam gambar perbualan berkenaan.

“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti.

“Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang,” katanya.

Anwar juga menyifatkan Azizah sebagai pendukung utama ‘jatuh dan bangun’ beliau dalam kehidupan, malah menjadi pendorong terhadap pencapaiannya hari ini.

“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini.

“Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya. Happy birthday!,” tulisnya dengan meletakkan dua emoji berbentuk hati di status itu.

Setakat sejam dimuat naik pada jam 1.05 pagi ini, hantaran itu menerima 34,000 tanda suka, 2,209 komen dan 393 perkongsian daripada warga maya setakat jam 7 pagi.

Menjenguk ke ruangan komen, mereka turut mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kehidupan Wan Azizah dipenuhi kebahagian, manakala segelintir mengagumi keperibadian mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Happy birthday first lady (selamat hari lahir wanita pertama), semoga sihat dan bahagia selalu!,” kata seorang pengguna dikenali James.

“Di era moden ini selain dari ibu sendiri, Datuk Seri Wan Azizah (DSWA) layak dijadikan idola dan contoh tauladan. Seorang ibu dan juga isteri yang setia dan tabah. Selamat hari lahir DSWA,” tulis Hani.

“Happy birthday to u DSWA. Teruja dengan kisah hidup dan cabaran DSWA sebagai isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sedih campur gembira. Semoga DSWA panjang umur, murah rezeki dan dilindungi Allah selalu. Aamiin!,” komen Hismazaitul.

“Setia bersama di saat susah dan senang, sentiasa mendukung perjuangan DSAI. Happy birthday Dr Wan Azizah Wan Ismail,” kata Deqone.

“Happy birthday DSWA, semoga sentiasa dalam rahmatNya, seorang wanita yang cukup tabah, tak pernah nampak menangis depan kamera, kecuali ketika dalam video DSAI dibebaskan dari penjara masa pegawai penjara membacakan di mana DSAI diberi pengampunan dan bebas daripada rekod penjara,” ujar Imah.

“Beruntung Datuk Seri, Kak Wan (Wan Azizah) seorang wanita yang tabah, cekal dan setia di samping Datuk Seri,” kata Zamri.

Sementara itu, anak sulung pasangan terbabit, Nurul Izzah turut melahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat ibunya.

“Happy Birthday, Mama,” tulisnya ringkas menerusi Facebook.

Malah, beliau berkongsi gambar bersama ibunya menerusi hantaran itu. - Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi