web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dulu Mangsa, Kini Pakar Dapatkan Semula Akaun Telegram Digodam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 7:00AM

Pengguna Telegram yang digodam mengakui terpedaya dengan taktik sindiket yang menggunakan akaun kenalan lama untuk meminta bantuan menghantar tangkap layar akaun mereka dengan alasan mahu memeriksa sama ada akaun tersebut masih dikawal penggodam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula dengan niat untuk membantu keluarga dan rakan terdekat yang menjadi mangsa sindiket godam aplikasi Telegram, Ramle (bukan nama sebenar) ditagih pengguna hampir di seluruh pelosok dunia kerana kepakarannya mendapatkan semula akaun digodam.

Mengimbau kembali insiden yang membuatkan beliau terdetik mendalami selok-belok aplikasi tersebut, Ramle berkata semuanya bermula pada April lalu apabila dirinya sendiri menjadi mangsa sindiket godam.

Menurut Ramle, sindiket menggunakan taktik licik iaitu menyamar sebagai rakannya di aplikasi tersebut, kononnya untuk memeriksa sama ada akaun Telegram milik beliau sudah kembali pulih selepas digodam atau pun tidak.

“Seperti yang berlaku kepada mangsa lain, sindiket akan meminta untuk menghantar tangkap layar daripada Telegram kononnya untuk melihat status Telegram miliknya, tetapi apa yang mereka mahukan adalah ‘log in code’ untuk menggodam,” katanya kepada Getaran.

Ramle nekad ‘menggodek’ aplikasi tersebut bagi mendapatkan semula akaun Telegram miliknya. - Gambar hiasan AFP
Ramle nekad ‘menggodek’ aplikasi tersebut bagi mendapatkan semula akaun Telegram miliknya. - Gambar hiasan AFP

Tersentak dengan kejadian itu, Ramle yang bekerja sendiri berkata, beliau tekad ‘menggodek’ aplikasi tersebut bagi mendapatkan semula akaun Telegram miliknya yang ‘dicuri’ sindiket terbabit untuk memperdaya keluarga dan rakan.

“Saya belajar sendiri bagaimana aplikasi ini berfungsi, hasilnya selepas tiga ke empat hari, Alhamdulillah saya berjaya mengambil alih semula akaun Telegram itu daripada sindiket.

“Kejayaan itu membuatkan saya terfikir untuk membantu jika ada keluarga atau rakan-rakan terdekat yang menjadi mangsa sindiket hasil penyamaran mereka menggunakan akaun saya,” katanya.

Ramle mengakui bahawa hasil membantu beberapa ahli keluarga dan rakan terdekat untuk mendapatkan semula akaun Telegram yang digodam, beliau akhirnya sudah pun mahir dengan modus operandi sindiket terbabit dan mula memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

“Apa yang saya lakukan mudah saja. Saya masukkan kata kunci ‘Telegram’ dan ‘godam’ di Facebook, apabila keluar hasil carian iaitu mangsa sindiket, saya akan menghantar mesej kepada mereka melalui Facebook untuk memberikan bantuan,” katanya.

Ceritanya lanjut, sejak Ogos hingga hari ini, beliau sudah membantu lebih 1,000 mangsa sindiket godam Telegram untuk mendapatkan semula akaun daripada terus disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sehari lebih kurang 10 hingga 15 mangsa akan saya bantu bermula dari pagi hingga kadang-kadang membawa ke hari esok. Niat saya ikhlas, kerana ada kelapangan masa jadi saya tawarkan perkhidmatan ini.

“Tapi sekarang ini kebanyakan mangsa sendiri menghubungi saya untuk meminta bantuan selepas diperkenalkan oleh rakan yang pernah dibantu saya.

“Mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang, malah ada juga yang sedang mengerjakan haji, rakyat Malaysia yang menetap di Jerman dan United Kingdom juga ada menghubungi saya untuk meminta bantuan,” katanya.

Ramle berkata, Setakat ini beliau berjaya membantu hampir semua mangsa yang meminta pertolongannya. - Gambar hiasan
Ramle berkata, Setakat ini beliau berjaya membantu hampir semua mangsa yang meminta pertolongannya. - Gambar hiasan

Berkongsi pengalamannya dengan Getaran, Ramle berkata, sebahagian besar mangsa yang dibantunya adalah dalam kalangan guru sekolah.

“Setiap hari sekurang-kurangnya mesti ada seorang atau dua cikgu sekolah yang menghubung saya kerana akaun Telegram mereka digodam.

“Saya percaya ini berlaku kerana golongan tersebut aktif menggunakan aplikasi Telegram, jadi mereka mudah menjadi mangsa,” katanya.

Mengulas mengenai usahanya membantu mangsa godam, Ramle berkata, setakat ini beliau berjaya membantu hampir semua mangsa yang meminta pertolongannya.

“Setakat ini Alhamdulillah saya boleh membantu mangsa mendapatkan semula akaun mereka selagi mereka tidak menukar nombor telefon yang digunakan pada aplikasi Telegram.

“Saya memerlukan mereka untuk menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada pihak Telegram pada masa tertentu selepas 24 jam akaun diambil alih.

“Jika mereka sudah menukar nombor telefon yang digunakan dengan akaun tersebut,  mustahil untuk mendapatkannya semula,” katanya.

Jelasnya, proses mengambil alih semula akaun Telegram terbabit agak rumit memandangkan beliau perlu sentiasa bertindak tepat pada waktunya untuk memasukkan nombor kod diberikan oleh Telegram.

“Jika sesuatu hari itu saya terlewat sedikit memasukkan nombor kod diberikan Telegram, jadi saya kena tunggu lagi 24 jam untuk memulakan semula proses sama.

“Apabila proses tersebut berjaya, saya boleh ‘kick’ sindiket daripada mengawal akaun tersebut dan mengembalikannya semula kepada mangsa,” katanya.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, pengguna Telegram yang digodam mengakui terpedaya dengan taktik sindiket yang menggunakan akaun kenalan lama untuk meminta bantuan menghantar tangkap layar akaun mereka dengan alasan mahu memeriksa sama ada akaun tersebut masih dikawal penggodam.

Bagaimanapun, ia sebenarnya taktik sindiket godam untuk mendapatkan kata laluan sekali saja (OTP) milik mangsa, sekali gus mengambil alih akaun Telegram terbabit sebelum meneruskan modus operandi menipu kenalan dan keluarga mereka di aplikasi tersebut. - Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Fahmi Ulangi Jaminan Keselamatan Sistem PADU

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

4

Semasa 1 tahun yang lalu

JPDP Siasat Dakwaan Laman Misi Rakyat Digodam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad