web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segerakan Pindaan Akta OKU 2008 Agar Nasib, Hak OKU Terbela

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 7:00AM

Dr Noraishah berkata, ia bagi memastikan undang-undang atau pindaan Akta OKU 2008 itu boleh diimplementasi dan dikuatkuasakan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menyegerakan pindaan Akta Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 bagi memastikan nasib dan hak golongan itu lebih terbela.

Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz yang menghidap penyakit spina bifida berkata, semak dan imbang undang-undang amat penting agar pindaan akta itu disegerakan seiring peredaran zaman.

“Perkara ini mudah, kita punya negara dan semua negara bergerak berdasarkan undang-undang. Mana-mana akta tak memberi kesan sekiranya tiada semak dan imbang.

“Ia bagi memastikan sama ada undang-undang atau pindaan Akta OKU 2008 itu boleh diimplementasi dan dikuatkuasakan” katanya kepada Getaran.

Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz - Gambar Bernama
Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz - Gambar Bernama

Menurut beliau, pindaan akta itu juga amat penting bagi melindungi golongan OKU daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab dan pelaku seharusnya diberikan hukuman setimpal.

“Apa yang Perdana Menteri perlu buat sekarang ialah memastikan pindaan Akta OKU 2008 itu dilakukan.

“Maksudnya kalau ada individu menyakiti atau menyusahkan OKU, maka akta itu perlu mengenakan hukuman setimpal kepada mereka yang menyakiti golongan ini,” katanya.

Noraishah mendedahkan beliau pernah bertemu dengan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (ketika itu Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat) di Parlimen pada 2008 untuk bertanyakan mengenai pindaan akta tersebut.

Namun katanya, beliau kecewa dengan jawapan diberikan Shahrizat kerana meletakkan tanggungjawab untuk meminda akta tersebut kepada Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU).

“Saya tanya siapa yang perlu melakukan perkara ini. Jawapan dia JPOKU. Semua nak ‘campak’ dekat JPOKU, lepas tu apa yang mereka boleh buat? Mereka hanya penjawat awam biasa. 

“Kasihan mereka, bukan penjawat awam kita tak pandai dan tak bagus buat kerja, tapi mereka tidak diberikan tugas yang sepatutnya, sebab tugas ini kerja orang lain,” katanya.

Beliau yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) turut menggesa agar pembentukan jawatankuasa yang tidak memberi manfaat kepada golongan OKU dihentikan.

“Jadi sebaiknya, jika Perdana Menteri nak tahu semua maklumat sahih dan tepat, jawatankuasa yang perlu ditubuhkan perlu membabitkan mereka yang faham keadaan atau masalah golongan ini.

“Jawatankuasa itu seharusnya diwakili mereka yang ada kepakaran dan pengkhususan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar kerajaan mencipta sebuah platform khas mesra OKU bagi memudahkan urusan golongan terbabit.

“Saya cadangkan sediakan platform seperti portal yang mesra pengguna, mudah diakses dan membolehkan kami menyuarakan masalah dengan cara yang betul tanpa perlu pergi banyak tempat. 

“Kerajaan juga perlu mengemaskini borang OKU supaya tidak ada tujuh klasifikasi yang diperlukan untuk melakukan pengesahan. Klasifikasi itu perlu merujuk keadaan pesakit.

“Saya tekankan kepada kerajaan supaya kembali kepada rekod pesakit. Ini bukannya isu OKU sahaja, tapi soal keadaan kesihatan rakyat dan beberapa kelemahan sistem di negara kita,” katanya.

Ras Adiba Radzi - Gambar fail
Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Sementara itu, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi menzahirkan rasa syukur terhadap saranan Perdana Menteri untuk memantapkan dan memperkasakan golongan OKU.

“Saya bersyukur dengan apa yang Perdana Menteri sarankan menerusi hantaran di media sosial beliau. Saya memandang ke hadapan untuk komuniti OKU di negara ini dan hak kami ditegakkan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap agar lebih banyak peluang pekerjaan diberikan kepada golongan ini dan diskriminasi terhadap OKU dihentikan.

“Besar harapan saya agar OKU diberi hak sama seperti orang lain. Ini termasuk peluang pekerjaan atas dasar kebolehan dan kepakaran, aksesibiliti, komunikasi serta informasi mesra OKU juga dipertingkat.

“Mereka yang menyalahgunakan kemudahan dan mempersenda OKU harus didenda dan dikenakan tindakan undang-undang. Diskriminasi perlu dihentikan dan kemudahan perumahan untuk golongan ini juga perlu diperbanyakkan,” katanya.

Bekas personaliti televisyen itu turut berkongsi hasil pertemuan beliau dengan sekumpulan pelajar OKU di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) baru-baru ini dan simpati dengan nasib mereka.

“Tempoh hari, saya bertemu sekumpulan pelajar OKU di sebuah IPTA. Mereka meluahkan perasaan dan keresahan. Hati saya remuk, air mata saya gugur, tak tahan mendengar luahan mereka.

“Dalam serba kekurangan, mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading untuk membantu keluarga yang banyak berkorban demi masa depan mereka,” katanya.

Malah Ras Adiba turut mendakwa pelajar tersebut dilabel sebagai menyusahkan ketika meminta bantuan dari pihak universiti.

“Bantuan kewangan OKU sepatutnya diberikan. Ada yang lambat masuk sehingga mereka terpaksa mengikat perut dan yuran tersangkut,” katanya.

Pada masa sama, Pengerusi Persatuan OKU Bentong, Mohd Huzaire Ahmad turut bersetuju dengan Ras Adiba bahawa lebih banyak peluang pekerjaan harus diberikan kepada golongan OKU bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Katanya, kebanyakan OKU sukar mendapat pekerjaan disebabkan masalah fizikal dialami mereka.

“Majikan pandang kita macam golongan yang menyusahkan mereka. Tapi tidak semua begitu, ada OKU memang fokus dan mampu berikan yang terbaik.

“Dari segi pendidikan, ada yang memiliki ijazah sarjana muda dan lanjutan, tetapi masih ramai yang tidak diterima bekerja.

“Berilah peluang kepada OKU yang ada kelayakan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan sekali pun. Ramai OKU yang ada pendidikan dinafikan peluang, apatah lagi yang tiada (pendidikan),” katanya.

Mohd Huzaire turut menggesa data golongan OKU perlu dikemaskini dari semasa ke semasa agar pihak berwajib mengetahui dan meneliti keperluan serta bantuan yang sepatutnya diberikan.

“Terlampau banyak isi kaji, tapi kalau jumpa pun maklum balas tak ada sangat. Data tersebut kebanyakannya hanya tangkap muat saja.

“Jadi bila tiada data, kita tak tahu ada berapa peringkat yang memerlukan dan adakah bantuan itu sampai kepada golongan sasar,” katanya.

Terdahulu, Anwar menegaskan kerajaan perpaduan dipimpinnya akan terus memberi fokus kepada usaha memantapkan dan memperkasakan OKU melalui kebijaksanaan yang tuntas.

Beliau berkata, meskipun diuji dengan halangan fizikal dan mental, golongan OKU seharusnya diberi peluang menyumbang keringat serta buah fikiran dalam pelbagai lapangan di negara ini.

Tegasnya, diskriminasi terhadap golongan itu dalam pelbagai bidang mesti dihentikan, sebaliknya segala upaya mesti dirangkul untuk membela rakyat terutama kumpulan istimewa itu. – Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi