web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ejen Hartanah Rugi RM7.8 Juta, Duit ‘Disonglap’ Macau Scam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 2:28PM

Mangsa kerugian RM7.8 juta selepas terpedaya dengan seorang 'pegawai KKM'. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ejen hartanah berputih mata selepas kerugian RM7.8 juta apabila menjadi mangsa ‘pegawai Kementerian Kesihatan (KKM)’ yang mendakwanya membuat pembelian vaksin Sinovac secara tidak sah.

Dalam kejadian pada 18 Mei lalu, mangsa, seorang wanita berusia 66 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai KKM dari Bahagian Khidmat Pelanggan cawangan Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata, ‘pegawai KKM’ tersebut memaklumkan bahawa terdapat 52 dos vaksin Sinovac dipohon atas nama mangsa secara tidak sah, dan siasatan sedang dijalankan oleh ‘kementerian’ tersebut.

Menurutnya, seperti modus operandi Macau Scam lain, panggilan berkenaan ‘disambungkan’ kepada ‘Polis Diraja Malaysia (PDRM)’ yang memaklumkan, ada waran tangkap dikeluarkan atas nama mangsa kerana dipercayai terlihat dalam pengubahan wang haram.

“Mangsa dinasihatkan supaya membuka tujuh akaun bank tempatan yang baharu serta menyerahkan semua maklumat perbankan tersebut kepada suspek. 

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang simpanan peribadi berjumlah RM7,739,356 ke dalam tujuh akaun berkenaan,” katanya hari ini.

Amihizam berkata, semakan dibuat mangsa dengan Bank Negara (BNM) mendapati, kesemua wang yang dipindahkan itu telah dikeluarkan sebaik sahaja transaksi berjaya dilakukan.

“Mangsa tidak berpuas hati dan rasa tertipu kerana transaksi pengeluaran tersebut dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya sehingga mengalami kerugian berjumlah RM 7,739,356,” katanya.

Susulan insiden jelas beliau, mangsa pada jam 12.30 tengah hari semalam, tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Pada masa sama, Amihizam menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon melibatkan individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Tegasnya, jangan sesekali mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.

“Sila buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Laporkanlah kepada CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika anda mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan,” katanya.

Orang ramai juga jelas Amihizam, dinasihatkan untuk menghubungi Hotline Polis Brickfields untuk sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan di talian 03-22979222.

“Mereka juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang